Sempena Hari Sukan Negara yang lepas, kita pun tak ketinggalan la bersukan juga walaupun tak join mana-mana larian atau apa-apa pun aktiviti sukan sana sini tapi kita pergi la sendiri ke gym untuk berlari bagi semangat juga untuk sama-sama bersukan.
Dah habis bersenam, Daddy Jack ajak pergi mencari koleksi LEGOnya somewhere in PJ area. Sanggup tu berjalan jauh untuk minatnya.
On the way balik, singgah Atria Damansara. Saja aje nak berjalan-jalan, last pergi sini masa nak beli stroller Ryan dulu tahun 2009 rasanya. Dulu tak ramai yang datang sini, tapi dah renovate cantik and macam-macam ada kat sini. Singgah kejap Village Grocer, saja aje cuci mata.
Selalu, supermarket high end macam ni banyak barang-barang import dari oversea so memang seronok la tengok. Masuk fruit and vege section tu rasa semua sayur nak beli tapi harga memang agak terjojol bijik mata. Teringat dulu masa duduk Australia, sayu segar-segar dan boleh dapat banyak dengan harga yang murah sampaikan kena share 2 keluarga.
Dah habis meronda ronda supermarket, makan di The Little Penang. Sedap rojak buahnya, ingat nak order CKT tapi macam dah kenyang pula makan rojak tu.
Tak menahan tengok fruit and vege di Village Grocer so terjebak beli and terus terfikir buat Roasted Chicken for dinner. So campur segala macam hers and spices yang ada kat pantry and terus masuk oven untuk 1 jam.
Sementara menunggu ayam dalam oven masak, the boys sempatlah main bola di depan rumah and I berjogging 4 pusingan padang seperti biasa, kasi peluh keluar sikit after dah makan macam-macam ni.
After maghrib semua dah settle for dinner, just buat garlic bread then makan with roasted chicken. Kenyang semua malam tu. The leftover, buat sandwich untuk esok, so menu sihat lagi.
No comments:
Post a Comment