Nuffnang Ad

Sunday 23 October 2016

Ariani Hijab Run 2016

Saja-saja mencuba menyertai marathon ni. Pilih yang fun run, saja suka-suka. Belum nak masuk tahap professional lagi nih. So, my first marathon adalah Ariani Hijab Run 2016 yang berlangsung semalam. Last week pergi Jakel Mall ambik running kit.

My first running kit, banyak betul free goodies, antaranya free instant shawl from Ariani Hijab. 

Jumaat lepas baru sibuk nak buat persiapan, antaranya beli seluar running baru. Dah ama nak beli tapi asyik la terlupa aje.

Lepas Subuh dalam pukul 6 dah keluar rumah dah. Itupun hujan renyai-renyai, takut juga kalau-kalau tak jadi tapi Alhamdulillah, kejap aje hujannya.

Jalan dah start tutup so kenalah berpatah-patah mencari mana-mana jalan menuju ke tempat starting point. Mujurlah dapat parking dekat aje dengan tempat larian. Sampai semua dah ready nak berlari. Sempat la stretching lebih kurang 5 minit aje cumanya tak sempat breakfast pun, so tawakal ajelah.


Sepanjang larian, dapatlah menikmati keindahahan Kuala Lumpur ni, selalu naik kereta kan so taklah nampak sangat sebab busy bersembang. Pastu baru perasan yang Zouk Club dulu di sebelah Matic dah tak ada, ditukarkan menjadi Restoran Pelita pulak. Sayangnya diruntuhkan Zouk tu, if they boleh kekalkan bangunan tu, cantiklah sikit restoran Pelita tu. Dah, enough cerita pasal makan, jom teruskan berlari.

Alhamdulillah, settle my first 5km run. I menyertai fun run ni atas saranan kawan sekerja yang join bersama wifenya so adalah geng kan. Lepas ni nak cuba cari marathon untuk satu family pula. 


My first medal after so many years. Rasanya zaman sekolah dulu kut dapat piala sukan, lepas tu mana pernah dapat dah. Apapun bangga dengan diri sendiri sebab dapat menghabiskan larian sejauh 5km ni.


Selama ni practice kat padang bola and jogging sekitar rumah taklah sejauh ni, apa-apa pun memang best, tapi kalau ada geng lagi best.



I memang tak menyangka dapat juga menghabiskan larian sejauh ini. Memang orang akan cakap, ala rileks la 5km aje kut tapi bukan calang-calang orang yang ada semangat nak berlari. Semalam pun tengok beberapa individu yang plus size sama-sama bersemangat join larian. Well done, semua yang join Ariani Run semalam

Tapi lepas larian, tugas I tak habis disitu ya, disambung pula di padang bola di Bandar Utama cos Danish ada game at 10am. So I tak tunggu pun cabutan bertuah Ariani terus ke sini tengok game bola Danish.


Semua seronok hari ini, mak dapat medal anak pun menang dalam game kali ini dengan kemenangan 3-2. So balik berehat dulu then petang sikit kita buat small celebration among the players and also the parents.

1 comment: