Nuffnang Ad

Saturday, 15 October 2016

Slurpppp, patut la sedap

Biasalah kan, hujung minggu tak ada cerita lain melainkan bola ataupun anak-anak punya tournament aje. Gitu la aktiviti we all sepanjang minggu. Semua aktiviti bola habis on November so ada lebih sebulan lagilah aktiviti berangkut ke sana kemari.

Haruslah menyinggah dulu kat NZ untuk breakfast lepas habis training bola.

Hari cuaca panas-panas sedap kalau dapat slurpee from 7E, kan. Kebetulan mmg ada tumbler from 7E beli dulu so just refill ajelah. senang juga nak bawa kan.

Tengah sedap menyedut, baru perasan ada bendasing dalam Slurpee tu, mcm unggas kecik. Terus la buang.


Dah settle pelbagai urusan, jomlah kita singgah kedai area Gombak untuk cuma makan ice-cream kelapa. Katanya lagi hebat dari Sangkaya malahan lagi murah juga.



Balik rumah bersiap sedia nak menyambut tetamu yang datang. Sempat membuat mee rebus, dan roti jala serrta kari ayam untuk makanan tetamu.

Sementara tetamu bersembang di ruang tamu, mencuri-curi gorengkan pisang dan juga cempedak buat snack kudapan sambil berborak. Tambah pula dengan kopi dan teh o seteko memang rancaklah berbual.

No comments:

Post a Comment