Nuffnang Ad

Thursday, 4 November 2010

Merasa jugak

Like what happened here, bila tekak atau selera datang nak makan macam-macam, kenalah buat sendiri, kan...mana nak cari orang jual makanan dah siap kat sini. Dah lama we all teringin nak makan laksa penang nie. Masalah utamanya, adalah ikan apa yang sesuai, kang main taram aje, rasa semacam pulak, kan. Masak laksa adalah satu pengalaman yang baru. Gigih mencari resepi from internet nie. and tak pasti yang mana satu tuan punya resepi.

Beberapa minggu sudah, we all pi cari ikan kat Torrens Island tu, and kebetulan beli ikan tommy nie banyak pulak, 3kg = AUD10, then pikir, nak cuba ikan nie untuk buat laksa, manalah tahu sedap. So, sessi trial and error pun bermulalah.

Bila dah jadi, apa lagi , haruslah dikongsi dengan rakan terdekat..calling-calling ajak datang makan laksa..bukannya selalu nak dapat makan laksa nie, tambahan pulak from chef beginner macam I nie.

Nie lah hasil asam laksa pertama dari I....tak tahu ler sedap ker tak from my guests, tapi kalau ikut tekak I, not that bad jugaklah, walaupun tak boleh lawan Laksa Shack ataupun Laksa Buyung Jalan TAR...alamak, tetiba teringat waktu bercinta ngan Daddy Jack dulu, selalu bila tiba hari Sabtu aje, akan ke Pasar Malam Jalan TAR, semata-mata nak makan laksa buyung tepi jalan tu..sedapnya.

Rasa semacam aje

I kan, kalau jalan-jalan ke Kmart atau Target akan seriau ler kat bahagian homeware section. Bukannya apa, tak tahan sungguh dengan bahagian Pyrex yang macam menarik-narik untuk membelinya. Banyak sungguh offer yang membuatkan jantung berdebar-debar nie.

My friend in Malaysia, dah ramai pesan, bila balik nanti nak kirim belikan set Pyrex nie. I nie mana ler pernah duduk sendiri kat KL nun, pyrex tak ader ker kat Malaysia, atau I yang tak perasan ?

Kat sini pulak, selain offer dalam katalog, ada jugak die buat offer internal aje, like potongan ikut stores ataupun jualan penghabisan stok. Ikut nasib la, kalau ternampak tu kira okay lah tu. Nak habiskan 3 tahun kat sini, berlambak-lambak la collection Corelle and Pyrex nie.

And satu lagi yang membuatkan I terpegun, selain dari barangan kaca, Pyrex pun ada their own household tool, mcm pembuka tin, senduk, penapis, dll...alamak, geramnya. So, Daddy Jack, bila nak start mengumpul nie ?

Wednesday, 3 November 2010

Cool concept

Masa we all pi Central Market, punyalah panjang kereta beratur..ingatkan kenapa, rupanya they all tak boleh masuk parking, sebabnya parking penuh. So, bila penuh, the ticket machine automatically stop, so kenalah tunggu. I tak pasti la sistem nie ada tak kat Malaysia, yang I selalu perasan especially kat KLCC, depa dok letak kon aje, sampaikan kita nampak kereta dok keluar parking banyak dah..

So, bila ada kekosongan, the ticket machine akan berfungsi seperti biasa. I think bila merantau ke negeri orang nie, banyak benda pelik yang kita belajar, kalaulah kita boleh mengadaptasikan pelbagai sistem di negara sendiri, alangkah bagusnya.

Photo session

Danish photo session berlangsung a week before his school holiday yang lepas. Sebelum pi sekolah, I siap pesan ngan die, make sure senyum lawa-lawa. Photo session nie involved students yang baru enrolled kat East Torrens...kesian anak Kak Shidah, tak merasa nak bergambar sebab masa photo session nie, Kak Shidah balik Malaysia untuk menyambut Aidilfitri dan juga collect data for her Phd. But, ada jugaklah footnote kat gambar tu nama anak-anak Kak Shidah tu.

Nie la hasilnya..pandai jugak Danish bergambar yer, so nanti, bawak balik Malaysia, photostate colour banyak-banyak, bagi ler kat Ayah Nan, Tok Ayah dan sesiapa yang berminat, kan.

Tuesday, 2 November 2010

Beriadah

Danish and Ryan suka sagt kalau pi park, especially yang ada playground. They all akan main sepuas-puasnya. Tambah pulak sekarang nie Ryan mcm dah berapa nak takut naik turun tangga. Lagilah seriau I dibuatnya.

But, I have to make sure die naik dengan selamatnya..biarlah die independent sikit. Ala, kalau tgk anak mat salleh kat sini, dibiarkan aje anak die main sendiri.


Nie Yaya, anak Kak Azie and Abang Azul..Ryan's best friends. Ada sekali tu, bangun aje tido, terus sebut nama Yaya, Yaya..memang suka la die kalau Yaya ada.

Danish tak payah cakap ler...die kalau jumpa geng die Aqil, panggil pun dah tak dengar dah.

As usual, piknik is a must to us. Bawak makanan from rumah, tak kisah ler sandwich atau mee goreng. Bila dah berkumpul ramai-ramai, semuanya jadi sedap.






Apa-apa pun, I feel so happy bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan especially Kak Azie and Surah...nie ler kawan-kawan yang ada anak-anak sebaya dengan Danish, sekolah pun sama jugak. After terperuk di rumah on weekdays, so dapat lepak hanya sekejap pun dah memadai nak releasekan otak nie. Sambil tu, boleh share tips untuk cooking and aktiviti seharian jugak. So, next trip, ke mana pulak kiter ?

Terima kasih, Nor

Maid Ibu, Nor telah pun selamat kembali ke kampung halamannya di Surabaya untuk melangsungkan perkahwinan. Nor balik memang awal-awal lagi die beritahu nak kahwin before raya haji, bukannya macam maid I, Ika, main lari aje. Nor nie pun tak pasti balik untuk kerja semula..kena ikut bakal suaminya..tapi kalau ikutkan die, nak datang and kerja dengan we all balik. But for the time being, nak rehat dulu. Rehat ajelah 3 tahun, pastu datang balik, kerja dengan I pulak.

Nor dah berkhidmat dengan keluarga kami selama 4 tahun. Kerja pun bagus, not even once complaint, semuanya die buat...even jaga my nenek yang sakit. Kerja bagus so sebulan sekali kami beri die cuti hujung minggu ke rumah saudara die di Keramat. Tak banyak karenah pun..just ikut aje. Nor juga tolong tgkkan my boys sebabnya I kan duduk ngan my parents lagi, so rumah Ibu tu ada 2 maid, one from mine and satu lagi Ibu punya. So depa berdua dok gilir-gilir buat kerja.

Nor and my previous maid, Ika. Dua-dua dah tiada..sorang buat perangai, sorang lagi superb bekerja. Terima kasih Nor selama ini, menjaga Kak Yong sekeluarga...masakkan untuk kami, tolong tgkkan Danish and Ryan, masakkan untuk kami...suka sangat bila Nor buat asam pedas dan sambal tumis, tak kiralah udang, sotong, ikan atau ayam..memang sedap sangat. Harapan I, Nor akan kembali semula untuk bekerja dengan kami. Ibu pun ada cakap, kalau Nor nak datang kerja balik, Ibu akan terima. Even family Nor pun suka Nor kerja dengan kami. Terima Kasih Nor, untuk semuanya. Halalkan makan dan minum kami sekeluarga.

Monday, 1 November 2010

Dah tak tahu nak buat mcmana

When I upload this photo kat FB, my sisters and brother like.."You potong rambut die ker?"

Nope..I managed untuk sikatkan rambut die and trimmed some of the rambut yang dah bergulung-gulung tu. Actually, rambut Ryan nie panjang, tapi sebabnkan dah kerinting so nampak mcm pendek aje. I also put some baby iol, sebab ada orang bagi petua agak taknak rambut tu curly sangat, so letak le baby oil.

I rasa lapang sangat tgk rambut die yang tersikat rapi tu. Rasa macam clean sikit anak aku nie, taklah comot sangat. After siap-siapkan die, Daddy Jack said that nak pi lepak kat park pulak..you know what happened ?

Back to square one...again.And I give up untuk betul-betulkan rambut die lagi. I need to do something dengan rambut Ryan nie. Ada one time, we all lepak luar rumah, ada Mat Salleh tegur.."She's so gorgeous"..Hah ? Sampai dah rupa girl ker ? Iskh....iskh....

Beriadah dalam kesejukan

Cuaca di Adelaide sekarang ni tak menentu..sekejap panas, sekejap sejuk..iskh..iskh its all about the global warming la nie. Walaupun cuaca mendung adn tak berapa nak panas, we all tetap meneruskan aktiviti riadah kami. After a while dok pi beach and park, so we decided nak try pi playground pulak. This playground agak jauh from our crib, like nearly 45 minutes nak sampai sini, tapi mmg syok la.

At first, we thought that the children aje yang boleh main, rupanya orang dewasa pun sama jugak. Im afraid of heights, even nak bawak Ryan turun slide pu rasa kecut perut.

Danish wasn't afraid of anything here and semua benda die nak cuba, termasuklah flying fox nie. He really enjoyed his time, here. Sometimes I was wonder, kenapalah masa kat Malaysia dulu, tak pernah nak buat macam nie..Mam, Malaysia pun ada park jugak, like KLCC, Lake Gardens, or even Titiwangsa..maybe sebab both of us bekerja, so masa untuk anak-anak lebih dihabiskan di shopping malls or maybe sebab bila berjemur di Malaysia, mudah demam, batuk and selsema.

Here, ada 2 big slides yang boleh digunakan untuk kids and also adults. Jenuh la nak mendaki tangga untuk ke atas tu..bila turun seronok aje semuanya.

Playground nie memang besar sungguh ler..4 hektar tu..main 2 slides nie memang tak puas sungguhlah. I yang dah tua bangka nie pun rasa macam jakun jugaklah..maklumlah dah lama tak main slides. Mana nak ada slides untuk orang dewasa.

Ryan the Lion bila tgkkan Danish naik flying fox, die pun nak naik jugak, tapi we all tak berani nak lepaskan die naik alone, so Daddy Jack have to accompany him. Masa meula-mula naik, muka mcm cuak giler, udahnya taknak turun pulak.

As for the big slides, first round, Daddy Jack nak temankan Danish before nak lepaskan die main all alone by himself. After Daddy Jack dah agreed, then baru Danish boleh dilepaskan untuk main on his own.

Hahahahaha..kelakar sungguh la gambar nie...sampai terangkat rambut kerinting Ryan tu turun slides..mcm kena electric shock pula gayanya.

For this picnic. buatkan nasi lemak..makan untuk breakfast and lunch sekali. Before datang, dah makan dah a light breakfast aje..sampai park, terus pi main all the slides apa semua, tak lapar lagi..bila dah penat, mulalah lapar, so makan nasi terus ajelah.


Ryan the Lion memang suka main swing. Ehhh..kat sini ada jual swing set tau..kalaulah ada rezeki, nak beli bawak balik Malaysia la. Ehh..ada ker laman yang besar macam rumah Aussie nie ? Gina..Gina..hentikan ler angan-angan tu.

Selain big slides, ada juga playland untuk kids tapi tak ramai yang main sini..semuanya dok main slides besar-besar nie aje.

Cuaca semakin sejuk, so terpaksa pakai jacket yang tebal sikit..walau bagaimanapun, semangat nak main all the equipment masih ada.

Danish was so happy, dapat main dengan seuas-puasnya. I think we spent about nearly 3 hours jugak di sini. Itupun kadang kala hujan gerimis turun.

Memang penat..berbaloi 45 minit perjalanan ke sini, the boys happy and so do we. I think. its better menghabiskan masa dengan all the activities compared to lepak in shopping malls..at least, the kids boleh enjoyed and we also can have our best moments as a family yang selama nie tak ada. Kalau setakat dok tiap-tiap minggu pi shopping malss, serupa ia jugak sama macam kat Malaysia.