Nuffnang Ad

Monday, 5 September 2011

Bermaafan di pagi Raya

Normally, kami sekeluarga bersalaman lepas sembahyang raya, yer la kan, mana nak sempatnya sebelum pergi raya nak bersalam. Dengan nak menyiapkan anak-anak kecil lagi, nak menyiapkan makanan so lepas sembahyang ajelah. Tahun nie raya my family meriah sebab semuanya ada termasuklah anak yang duduk oversea nie hah.

Tahun lepas cuma merasa minta ampun dan maaf melalui handphone aje, so tahun nie dapat mencium tangan Ayah dan Ibu dah cukup puas dah. Seperti tahun-tahun dulu, Ayah still bagi me duit raya. Macam tahun lepas, Ayah bank in kan aje kat Adelaide. Terima kasih Ayah, walaupun dah kerja and ada keluarga, Ayah still bagi duit raya not only for me, tapi to Daddy Jack and also the boys. Kadang-kadang malu juga sebab duit raya yang Ayah bagi lagi banyak dari apa yang I beri pada Ayah. I wish one day, I boleh bagi lebih dari apa yang Ayah bagi.

Daddy Jack pun sama berperasaan macam I, segan sebenarnya dah tua bangka dapat duit raya lagi.

The boys pun sama turut seronok dapat beraya kali ini di Malaysia, for Ryan first time bersalaman dengan Ayah and Ibu sebab sebelum pergi Adelaide, kami beraya di JB, on Daddy Jack's side.

Seronok Danish bila da[pat duit dari Ayah Nan, nak beli ice cream katanya

Alhamdulillah, masa raya nie, Danish dah sihat sepenuhnya. Dah boleh berlari sana sini main bola dan makan macam-macam.

Tahun nie juga, pertama kali Kak Nyah beraya di Kuantan, tahun lepas beraya di JB on her inlaws side.

My adik ipar, Ikram tahun nie beraya dengan kereta baru yang kelassss

My adik ipar lagi, Izhar, tahun nie beraya dengan anak perempuannya

My sister, Abby tahun nie beraya di Kuantan, tapi on raya ketiga balik Penang menghabiskan cuti disana pulak.

Tahun ini, pertama kali Didi beraya as a wife, Alhamdulillah in early stage of pregnancy. Kalau tak ada apa-apa halangan, bulan Mac nie I akan menerima seorang lagi anak saudara.

Kak Cik yang masih solo, dah ada boyfriend pun tapi tak tahulah bila nak kahwinnya.

Anak lelaki tunggal dalam keluarga, Hannan.

Tahun nie, bawa Tok Abah beraya sekali di Kuantan. Tahun nie juga pertama kali Ibu beraya tanpa Arwah Mak yang pergi meninggalkan keluarga Februari lepas.


Bibik-bibik pun tak ketinggalan dalam sessi bersalaman di pagi raya. Banyak menolong kami sekeluarga dalam bermacam hal. Terima kasih bibiks semua.

To Daddy Jack, ampun dan maaf dipinta atas segala dosa dan kesilapan sesama kita. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih juga untuk hadiah hari raya tahun ini.


Okay, dah habis sessi bersalam-salaman, and now ramai-ramai pergi ke meja makan untuk menikmati juadah di pagi raya..apakah juadah tu...opsss tunggu di next entry la.

Sunday, 4 September 2011

Persiapan di hari terakhir ramadhan

Dah raya ke-6, I masih tak update dengan cerita-cerita raya, apa nak buat kan, beraya di Malaysia memang sibuk dengan beberapa undangan terutamanya saudara mara, itupun belum mendapat undangan dari kawan-kawan which is rasa mcm tak sempat aje.

Me and Daddy Jack antara yang balik awal cos my other siblings masing-masing balik on malam raya sebab ada yang still kerja. Kak Cik ikut Ibu balik since Jumaat lepas tapi tak banyak persiapan dibuat sebab tak cukup kaki dan tangan nak membuatnya. So, a day before raya tu barulah berkesempatan nak memasang langsir rumah.

Daddy Jack dipertanggungjawabkan untuk memanjat dan memasang langsir sebabnya Hannan telah dikerah untuk ke sana-sini as a runner membeli kelengkapan yang tak ada. Lagipun Daddy jack memang suka bab-bab mengemas nie dari pi keluar pi beli barang sebabnya penat sikit.

The boys melayan Upin & Ipin di Youtube so tak lah they all mengacau sangat. Kalau tak, hiruk pikuk dibuatnya dengan jeritan sana-sini..dah macam tarzan aje gayanya.

Ada sikit bahagian langsir yang kena diubahsuai so tugas itu diserahkan kepada Ibu. I memang tak pandai bab-bab menjahit nie. Ibu dah berapa kali suruh pi kelas menjahit kat Adelaide tu, tapi tak berkesempatan aje.

Projek pasang langsir terpaksa ditangguhkan sebab kena pergi berbuka puasa di luar so disambung lepas balik from berbuka puasa. Masa nie dah ramai my siblings dah sampai, so masing-masing ambik tugas masing-masing tanpa perlu disuruh.

Ada yang ambil tugas untuk memasang lampu kelap kelip kat luar rumah. Tak beli baru pun, pakai yang mana ada aje.

Habis tugas pasang langsir, Daddy Jack ambil bahagian untuk pasang carpet pulak.

Malam pun dah lewat, Ryan dah tidur time nie so hanya melayan Danish ajelah. Tahan sungguhlah mata die walhal masa nie dah dekat pukul 12 tengah malam dah.

Tugas-tugas di dapur dikelolakan oleh Ibu sambil dibantu oleh pembantu-pembantu yang bertungkus lumus menyediakan juadah hari raya kami.

Untuk mengelakkan kekalutan di pagi raya, ada masa terluang gosok baju dulu..yang tak ada anak lagi tak kisah sangat nie yang ada "handbags" memang kena siap cepat, kalau tak memang huru hara dibuatnya.

Lama juga nak menunggu lampu kelap kelip nie dipasang, sampaikan anak dan menantu semua turun padang nak memasangnya.

So, dah cantik dah lama rumah Ayah dengan cahaya lampu kelap kelip nie.

Sebelum pi berbuka kat Zenith Hotel, singgah East Coast Mall nak beli beberapa persiapan raya. I suruh Ibu beli set Corningware sebab nampak cantik and murah aje. After a few discussion dengan Ayah, so beli set Corningware untuk dipakai di pagi raya. So, I rasa pun tak payah la sibuk nak beli kat Adelaide sebab kat Malaysia pun agak murah bila offer.

Kesianlah pembantu-pembantu ku ini, buat persiapan raya sampai ke pagi. Masa nie I dah mengantuk sangat, kalau tak silap dah pukul 1 pagi but depa still bersemangat nak masak itu ini.

Yang lelaki tu suami Kak Milah. Diangkutnya suaminya sekali sebab nak beraya dengan Ibu. So, suaminya tolong tgkkan pokok bunga dan juga kolam ikan ayah.

I cuma mampu membelikan Ibu ini sahaja, 3 set Corelle dari Adelaide, itupun bunga yang lain dari 2 set yang I dah beli sebelum ini. But Ibu okay aje, walaupun tak sama pattern.

Thursday, 1 September 2011

Last iftar in Kuantan

Normally on our last iftar, we all jarang berbuka di rumah, ada orang akan berbuka dengan lemang, ketupat yang telah siap dimasak tapi kami berbuka di luar. Kali nie Zenith Hotel menjadi pilihan. Tapi tak semua ada, sebab ada my siblings yang on the way from KL , balik Kuantan lepas waktu kerja so tak cukup korum.

Biasalah kalau buffet, makanan memang banyak, satu pusingan besar bila nampak tapi agak berbeza dengan Traders Hotel dan juga Pan Pacific sebelum ini. Apa yang bezanya, keadaan agak sunyi maybe sebab tak ramai yang berbuka di hotel, maybe sibuk di rumah buat some preparation. Antara makanan yang ada di sini is Tapas, macam appertiser from Spain. I mencuba dalam 2 mangkuk, sedap juga rasanya.

Buffet Zenith Hotel dibuat macam ala-ala stall macam di PARAM. Ada banyak stall yang dihias dengan cantik di sini. Antaranya gerai nasi ayam.

Still ada gerai goreng-goreng, but selama nie kalau tempat yang I makan ada goreng-goreng nie biasanya ada pisang, keledek, keropok, keladi and cucur tapi disini ada kurma and epal goreng. Hmm, idea yang baik juga nie.

Gerai mee, bihun toyam atau soup. Sup die sedap sangat, kalau makan kosong pun sedap.

Rojak Pasembor, sedap kuah kacang die. But I still prefer mamak punya rojak

Gerai roti john, tak sempat nak mencubanya

Gerai yong tau foo, Daddy Jack yang sempat ambil kat sini..I tak sempat sebab dok sibuk makan benda lain. Bila tengok gambar, rasa menyesal pulak.

Gerai wajib di mana-mana buffet, fruits section

Pelbagai jenis pesto ada disediakan juga. Pesto nie macam sauce from Italian side. Tak cuba but love the presentation.

Salad bar

Kuih muih section, dah start ada kuih raya, antaranya biskut kacang, one of my favourite kuih di hari raya.

Cake section

Main dish section, ada banyak sangat lauk pauk, ada lemang and rendang, ikan bakar, ayam tandori serta banyak lagilah.

Dimulai dengan kuih manis dulu. See, kuih hijau tu, namanya kuih Puteri Mandi, sedap sangat lebih kurang rasa macam buah melaka sahaja.

Memang lapar sebab tak sahur, so wallop sepinggan nasi dengan pelbagai lauk-pauk. Ohh, lepas habis, terus rasa kenyang ya amat sangat.

Macam-macam rasa nak makan bila makan buffet tapi after a few pinggan, terus tak larat so just ratah makan ikan bakar sahaja. I tak berapa suka sangat makan ikan pari but here, makan banyak maybe sebab ikan pari die jenis yang kecil-kecil, and rasa manis aje.

Last iftar ini diakhiri dengan semangkuk bubur pulut hitam yang sangat sedap. Tapi kalau letak santan lebih, perghhhh !!!!! memang sedap.

Dah 2 kali makan di hotel, selalu tak sempat nak merasa makan ABC so kali nie tak melepaskan peluang untuk makan ABC. Since its buffet, so boleh letak segala condiments banyak-banyak, like kacang and jagung lebih. Memang sedap.

Salam Eid Mubarak 1432

Sticky post for Syawal wishes...scroll for new entry

Kata telah terucap, tangan telah tergerak, prasangka telah terungkap,
Tiada kata, kecuali saling memaafi sesama kita serta jalin ukhuwah
& kasih sayang untuk meraih
indahnya kemenangan hakiki,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami sekeluarga

Maaf Zahir dan Batin