Nuffnang Ad

Thursday, 1 September 2011

Last iftar in Kuantan

Normally on our last iftar, we all jarang berbuka di rumah, ada orang akan berbuka dengan lemang, ketupat yang telah siap dimasak tapi kami berbuka di luar. Kali nie Zenith Hotel menjadi pilihan. Tapi tak semua ada, sebab ada my siblings yang on the way from KL , balik Kuantan lepas waktu kerja so tak cukup korum.

Biasalah kalau buffet, makanan memang banyak, satu pusingan besar bila nampak tapi agak berbeza dengan Traders Hotel dan juga Pan Pacific sebelum ini. Apa yang bezanya, keadaan agak sunyi maybe sebab tak ramai yang berbuka di hotel, maybe sibuk di rumah buat some preparation. Antara makanan yang ada di sini is Tapas, macam appertiser from Spain. I mencuba dalam 2 mangkuk, sedap juga rasanya.

Buffet Zenith Hotel dibuat macam ala-ala stall macam di PARAM. Ada banyak stall yang dihias dengan cantik di sini. Antaranya gerai nasi ayam.

Still ada gerai goreng-goreng, but selama nie kalau tempat yang I makan ada goreng-goreng nie biasanya ada pisang, keledek, keropok, keladi and cucur tapi disini ada kurma and epal goreng. Hmm, idea yang baik juga nie.

Gerai mee, bihun toyam atau soup. Sup die sedap sangat, kalau makan kosong pun sedap.

Rojak Pasembor, sedap kuah kacang die. But I still prefer mamak punya rojak

Gerai roti john, tak sempat nak mencubanya

Gerai yong tau foo, Daddy Jack yang sempat ambil kat sini..I tak sempat sebab dok sibuk makan benda lain. Bila tengok gambar, rasa menyesal pulak.

Gerai wajib di mana-mana buffet, fruits section

Pelbagai jenis pesto ada disediakan juga. Pesto nie macam sauce from Italian side. Tak cuba but love the presentation.

Salad bar

Kuih muih section, dah start ada kuih raya, antaranya biskut kacang, one of my favourite kuih di hari raya.

Cake section

Main dish section, ada banyak sangat lauk pauk, ada lemang and rendang, ikan bakar, ayam tandori serta banyak lagilah.

Dimulai dengan kuih manis dulu. See, kuih hijau tu, namanya kuih Puteri Mandi, sedap sangat lebih kurang rasa macam buah melaka sahaja.

Memang lapar sebab tak sahur, so wallop sepinggan nasi dengan pelbagai lauk-pauk. Ohh, lepas habis, terus rasa kenyang ya amat sangat.

Macam-macam rasa nak makan bila makan buffet tapi after a few pinggan, terus tak larat so just ratah makan ikan bakar sahaja. I tak berapa suka sangat makan ikan pari but here, makan banyak maybe sebab ikan pari die jenis yang kecil-kecil, and rasa manis aje.

Last iftar ini diakhiri dengan semangkuk bubur pulut hitam yang sangat sedap. Tapi kalau letak santan lebih, perghhhh !!!!! memang sedap.

Dah 2 kali makan di hotel, selalu tak sempat nak merasa makan ABC so kali nie tak melepaskan peluang untuk makan ABC. Since its buffet, so boleh letak segala condiments banyak-banyak, like kacang and jagung lebih. Memang sedap.

1 comment:

  1. akak.. pagi tadi saya nampak husband akak dgn danish tak silap. buat ucapan raya dekat tv.

    ReplyDelete