Tajuk macam nak buat kenduri kahwin aje , kan. Ada ker orang buat kenduri kahwin di Adelaide nie..ada tu mmg lah ada tapi mat salleh ler, Melayu jarang buat majlis kahwin sini. Kalau nak kahwin, baik balik Malaysia, buat kenduri di sana, lagi meriah. Lagipun mak ayah and saudara mara kan ada di sana. Okaylah, cukup meraban sana sini yer. Well, kami dijemput untuk bermesyuarat di rumah Surah, bagi memenuhi niat dan nazarnya untuk mengadakan majlis sambutan Aidilfitri secara besar-besaran kali ini.
Majlis mesyuarat melibatkan ahli wanita sahaja yer, sebab wanita yang ditugaskan untuk menyediakan makanan, yang lelaki bertugas untuk membersihkan sekitar rumah dan juga memastikan segala keperluan mencukupi dan majlis berjalan dengan lancar.
Banyak juga yang dibincangkan dari segi penyediaan makanan, sebab menu utamanya adalah nasi. Nasi pulak bukan sebarang nasi, nasi diimport dari Arab yer. Belum pernah lagi orang membuat majlis rumah terbuka di Adelaide nie menyediakan nasi Arab. Kalau adapun, buat untuk kawan-kawan terdekat aje, ni nak jamu hampir seratus orang. Phew !!! berpeluh MasterChef Najwa dibuatnya. Tapi, tuan rumah yakin dengan Najwa, dan juga atas bantuan jiran-jiran yang lain..Insyaallah.
Walaupun mesyuarat bermula lagi seminggu majlis dibuat tapi kehangatan dah juga dirasakan. Masing-masing ada peranannya sendiri. Macam I, dah tentunya ada juga. Satu kepuasan juga pada I untuk membuatnya sampaikan tuan rumah tanya samada I mampu tak melakukannya. Apa tugas I tu sampai tuan rumah dok risau aje..rahsia la.
tak sabar nak tau..gina kena buat pe..
ReplyDeleteSalam Gina,
ReplyDeleteWow bestnya gotong royong buat makan2.. kat Adelaide ramai org Malaysia tak? kat sini diorg buat open house dan paling besar buat jamuan kat dewan lah, tp tu under persatuan.
Kak Atty
ReplyDeleteTunggu tau, gina nie biasalah suka ambik gambar lepas tu banyak benda nak diceritanya
Kak Umi
Ada juga yang majlis under persatuan buat tapi yang ini, individu yang buat, die jemput mana-mana yang dikenali, dekat seratus orang jugaklah. So, diajak jiran terdekat untuk membantu membuat persiapan, mmg meriah kak, mcm kenduri rasanya