Nuffnang Ad

Wednesday, 28 September 2011

Rewang in Adelaide style

Jumaat petang, kami bergegas ke rumah Surah after Danish balik sekolah. Dalam pukul 4, dengan membawa rendang daging yang masak pagi tu sebab dah janji dengan Kak Azie yang membawa pulut kuning. Pergi rumah Surah sbab nak merewang untuk kendurinya. Sampai rumah Surah, as usual, kamilah yang paling lewat sebab semuanya dah ada di rumah tu, and masing-masing dah ambil tugas.

Mujur backyard Surah nie luas, so anak-anak dilepas bebas bermain di luar sebab mak ayah sibuk dengan kerja-kerja persiapan untuk majlis esoknya. Anak-anak pun seronok ler dapat main, berlari sana sini dan juga bergelak ketawa sesama mereka.

Kaum Ayah diberi tugas untuk memotong dan membersihkan ayam. 40kg ayam tu, bukan sikit-sikit kerjanya. Ayam tu dah ditempah dulu, then pagi Jumaat tu baru pi ambil kat butcher's shop. Itupun they all tak boleh bagi semua chicken wings sebabnya tak cukup, so kena tambah dengan mixed portion jugak.

Daddy Jack pun for the first time nak kena merasa potong ayam. Pandai tak pandai tu belakang kira, yang penting kena jugak menolong. Tengah sibuk nak potong ayam, tetiba pulak Ryan menangis nak minta dukung dengan Daddy. Ehh, mcmana Daddy nak tunjuk kemachoan nak potong ayam nie ?

Bila dah nampak kawan-kawan lain main kat backyard, barulah Ryan nak lepas from dukungan. Daddy jack pun bolehlah menyambung kerjanya memotong ayam. Nak tergelak pun ada juga tengok cara pegang pisau and ayam. Tak apa, sesekali boleh ler tolong I kat dapur pulak lepas nie yer.

Sementera itu, kaum ibu pula berhempas pulas di dapur menyediakan segala persiapan untuk masakan. Antaranya, memproses bawang kisar yang bising satu rumah dengan bunyi food processor serta mata pun dah pedih sebabnya air bawang yang dah penuh satu rumah. Sambil buat kerja, tuan rumah pun menyediakan banyak makanan untuk dimakan antaranya mee goreng, nasi impit, ayam masak merah dan macam-macam lagi. Specialty kalau ke rumah Surah nie, air Nescafe. Surah sangat hebat membuat air Nescafe, semua orang sukakannya.

Bersungguh-sungguh kaum Ibu menyediakan semuanya, untuk memastikan esok tukang masak tak kelam kabut di dalam menyediakan hidangan utama. Bukan sikit-sikit memasaknya, beras aje dah berkilo-kilo and ayam aje dah 40kg, tapi tukang masak cool aje. Tak panik sebab dah biasa masak menu nasi arab nie.

Hahahahha, tu dia..tuan rumah nak tunjukkan Corning nie boleh dipanaskan terus atas dapur. Entah kali ke berapa tak tahulah Surah menyediakan Nescafe terbaik die ni. I siap bawa thermos untuk tapau lagi.

No comments:

Post a Comment