Akhirnya, dapat jugak beraya dengan Kak Azie dan juga keluarganya. Kalau kata nak beraya rumah Kak Azie nie, persiapannya takut tengok. Ada aje resepi yang baru ditambah pulak dengan segala deko dan juga persembahannya. Kali nie Kak Azie nak cuba membuat Mee Celup Kelantan, tapi katanya tak menjadi so buat bihun sup aje. Sedap jugak tu.
Kan I dah kata, kalau datang makan rumah Kak Azie nie ada aje idea masakan baru. Kali nie kami dijamu dengan Corn Peach Pudding. Bukan calang-calang nak membuatnya, memerlukan kesabaran yang tinggi dan juga usaha gigih.
Selain kami sekeluarga, Kak Azie turut menjemput Kak Shidah sekeluarga. Kak Shidah pun duduk berdekatan dengan Kak Azie so senang, ajak sekali. Rumah my Adelaide's gang nie comel-comel so jemputan tak boleh ajak ramai-ramai, kena berperingkat-peringkat.
Ramai yang ternanti-nanti kedatangan budak Melayu paling comel di Adelaide nie. Ramai peminat sungguh la. Semua geram nak picit-picit and dukung die.
Comel tak saya...nama saya Aus Ma'iesyah, semua kata saya comel...Yer, akalu pi mana-mana event kat Adelaide, nampak aje ada orang mendukung and ambil gambar dengan Ma'iesyah nie. Senangnya mummy die sebab ramai orang nak tolong tengokkan Ma'iesyah.
Ni la mummy and daddy Ma'iesyah. Hmm, dgr cerita, dah berisi Mummynya, so Ma'iesyah dah nak jadi Kak Long la tahun depan.
Danish memang suka pi rumah Kak Azie sebab ada Aqil, so ada geng boleh main game and bola kat belakang rumah. Haish, tak lama cuti sekolah, apalah aktiviti yang nak dirancang untuk anak-anak nie yer..sure bosan duduk rumah.
Tak habis pusing lagi ye Gina.
ReplyDeleteKak Yan
ReplyDeleteselagi belum habis raya, kak tapi kat Adelaide nie tak ada maknaya raya kut..even dah habis raya pun masih ada jemputan, macamana tu kak?