Lepas Istana Abu Bakar, kami bergegas pula ke Istana Abdulaziz di Bukit Istana, nie dekat aje dengan rumah Ayah. Istana Abdulaziz nie istana Tengku Mahkota Pahang. Masa kami sampai ni cuaca panas terik, berlengas rasa bila pakai baju kurung, angin pun tak terasa.
Hmm, banyak-banyak gerai, satay juga menjadi pihan orang ramai. Sanggup menunggu walaupun panas terik.
Banyak juga lauk pauk menjadi hidangan rumah terbuka antaranya yang nampak macam ada nasi briani dan juga mee goreng. Ini tempat untuk orang awam, macam Ayah, ada disediakan tempat khas untuk berjumpa dengan Tengku Mahkota.
Tempat untuk kami makan disini, menghadap swimming pool yang besar dan sangat cantik. Masa kami sampai nie tak ramai sangat orang. Ayah dan Ibu masuk bilik khas untuk berjumpa dengan Tengku Mahkota serta Tengku Puan, so kami anak-anak lepak di luar sahaja.
Air adalah yang dicari masa mula-mula sampai, tambah sedap bila nampak 2 tong air berais, ohh sedapnya.
Pelbagai kuih raya ada terhidang, semuanya nampak sedap aje. Sekarang nie trend rasanya balang kuih dihias macam nie. Bila time raya aje, ada banyak benda-benda kreatif macam nie.
Ada my kuih favourite la, biskut mazola and kuih tart. Kononnya balik Malaysia semangat nak buat kuih raya punyalah berkobar-kobar, udahnya hampeh aje. Tak sempat la nak membuat kuih apa pun, ada tu empat beli online aje.
Ibu nak bergambar dengan bangunan Mahkamah Kuantan baru di belakang tu, memang cantik senibinanya yang melambangakan seni Islam, tapi belum siap sepenuhnya.
dah lama tak makan biskut mazola
ReplyDelete