Seronoknya bila minggu pertama sampai dah ada undangan ke majlis Aidilfitri. Orang pertama yang menjemput kami sekeluarga, Kak Rin yang kebetulan membuat majlis harijadi anaknya serta meraikan kepulangan Kak Aishah ke Malaysia.
Makanan memang melimpah ruah, mana yang pihak tuan rumah sediakan, yang dibawa oleh para tetamu. Kat Adelaide nie dah menjadi kebiasaan pulak, undangan Aidilfitri pun tetap tak nak datang ke rumah tuan rumah dengan tangan kosong, dah terbiasa akan membawa sesuatu walaupun hanya sebakul buah ataupun sebotol jus.
Daddy Jack pun seronok berjumpa kawan-kawan , at least kuranglah sikit stress belajar tu. Tapi semuanya dok tanya macamana raya di Malaysia. So far okay aje, cuma masa aje tak cukup, kalau boleh nak raya di Malaysia sebulan.
Semenjak dua menjak nie, my Adelaide's gang tergilakan-gilakan Cik Jurulatih nie. Ada pulak salah seorang di antara kami yang pergi conference di US, apalagi ambil kesempatan ler mengirimkan cik jurulatih idaman kalbu masing-masing. So, sekarang nie, my jurulatih dah membiak di Adelaide.
Masterchefs Adelaide. They all nie yang buka gerai di Malaysian Carnival lepas. Memang sedap makanan mereka. Tapi, sekarang dah tinggal berempat sahaja Masterchefs nie sebabnya Kak Aishah (yang paling depan sekali, sebelah kiri)dah balik semula ke Malaysia selepas suaminya telahpun telah menamatkan pengajiannya. All the best, Kak Aishah.
Seronoknya tengok rumah Kak Rin nie, so luas dan selesa la. Tetamu pun masih tak ramai lagi masa nie. Suka tengok konsep rumah Kak Rin nie. Maybe one day, nak datang melawat lagi, but nak ambil gambar pulak sebab I love this open sytle kitchen.
Seronok dapat berkumpul macam nie especially time raya, makan and makan, sembang and makan lagi. Memang banyak sungguh makanan yang tuan rumah sediakan. siap ada yang bbq and satay lagi. My boys dah nampak satay, tak pandang dah makanan lain. Padahal, kat Malaysia tu dah bercucuk-cucuk satay dihentamnya.
Tetamu memang ramai, so kami terpaksa mengundurkan diri walaupun ditahan oleh tuan rumah sebab nak buat majlis potong kek untuk birthday anaknya. Kesian pulak kami tengok ada yang makan sambil berdiri and bersesak-sesak dalam rumah tu. Apa pun, terima kasih Kak Rin and Dr Azarisman kerana sudi mengundang kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment