Nuffnang Ad

Thursday, 29 September 2011

Project menjala

Atas permintaan tuan rumah, I diberi penghargaan untuk membuat roti jala sebanyak 5kg. I okay aje, mmg dah biasa buat roti jala di Malaysia kalau buat open house. Even my sister siap ambil order kepada sesiapa yang nak menempah. Nanti I tepekkan iklan roti jala nie yer. Tak terasa perit sangat nak membuatnya sebab ada 2 kuali, satu kuali leper yang dibawa dari Malaysia and satu lagi pakai fry pan beli kat sini aje.

Dan untuk melipatnya, I pakai lazy susan aje. Itupun idea dari Kak Nyah, sebab senang sikit.

Ada dua kuali, kerja pun menjadi cepat dan mudah. Sementara I menjala, Daddy Jack tolong la melipatnya, tapi sekejap aje sebab the boys sibuk nak ajak die main game, and I minta die siapkan the boys untuk ke majlis rumah Surah pulak.

I start menjala pukul 4 pagi. Subuh di Adelaide dah cepat, so after sembahyang, bancuh the adunan, then mulakan proses menjala. At first nak buat dalam keadaan duduk, tapi sejuk so takut kaki cepat kebas pulak so berdiri la. Lagipun boleh bergerak sana-sini dah macam exercise la pulak, kan.

Alhamdulillah, semuanya settle pukul 11 pagi, dapatlah 4 bekas besar roti jala. Tapi I terlupa nak ambik kira like 5 kilo nie dapat berapa keping, manalah tahu ada yang merminat pulak nak order, kan..heheheheh, jgn nak harap ler. Sini, nak makan buat sendiri..resepi kat internet banyak aje.

Macam-macam makanan yang telah disediakan, antaranya Puding Kak Azie, Lontong Kak Shidah, and my roti jala. Buah-buah dan minuman disediakan oleh Surah. Main menu dah siap, cuma buat tambah-tambah aje. Menu utama adalah nasi Kabsah. My favourite tu.

Ni la orang kuat di belakang menu utama, Najwa. pakar masak nasi Arab. Dah pernah merasa sekali nasi Kabsah yang dbuatnya, mmg sedap sampaikan rasa makan kat Hadramawt and Al-Rawsha mmg tak sehebat buatan Najwa.

Tak sempat nak belajar cara buat nasi kabsah from Najwa sebab masa I datang pun, dah siap semuanya cuma nak settlekan sikit-sikit aje. Tapi I dah tahu satu rahsia masak nasi kabsah nie. Oh ada teknik die rupanya. Patutlah..I punya nasi kabsah tak menjadi macam yang Najwa buat nie, ada teknik die rupanya. Nanti I tunjukkan yer.

1 comment:

  1. kty ni rasanya lom penah lagi makan nasi kabsah nie

    ReplyDelete