3 hari lepas sampai ke Adelaide, mmg dapur rumah tak berasap. Tak masak kat rumah lagi walaupun dah beli all the meats tapi still tak ada mood lagi. Alasan aje, kan. Ala, 3 hari aje tak masak pun, bukannya 3 bulan. Kebetulan ada pulak Malaysian Carnival, ada my Adelaide;s gang yang buka gerai menjual makanan Malaysia, so apa lagi, order saja la.
Kami keluar rumah cepat sikit, dalam pukul 1030pg walaupun karnival nie start pukul 11 pagi. Tak mahu jadi macam tahun lepas, datang pikirkan nak beli makan, so tak merasa satu pun sebabnya orang sangat ramai. Lagipun, kali nie dah bijak sikit, order dulu kat my gang yang buka gerai tu, nanti just datang ambik aje, tak payah baru nak order sebabnya takut tak merasa pulak.
Nak berjalan sambil tengok-tengok gerai ternampak pulak gerai Swinging Bowl ni. Danish nak makan satay. Balik Adelaide pun cari satay jugak ? Tak puas makan kat Malaysia ker?
Terpaksa beli 4 set sebab 2 set yang mula-mula tu, tertaruk kuah so my boys taknak makan, terpaksa jugak beli lagi 2 set yang plain sahaja. Demi anak, layankan aje. Udahnya, mak die jugak yang kena perabihkan sebab anak-anak sibuk nak main.
Lepas beli satay, kena cari tempat teduh sikit sebab hujan tiba-tiba turun, tempat nak berteduh hanyalah khemah yang tak banyak, so tumpang-tumpang ajelah. Ada satu khemah nie mmg penuh orang dalamnya sampaikan terkeluar-keluar menyaksikan sesuatu. Katanya ada demonstrasi show makanan dalam tu. Apakah yang membuatkan penuh khemah nie sampaikan tak putus-putus orang keluar masuk ?
Oh ada Chef Wan rupanya sebagai tetamu VIP. Patutlah penuh dalam khemah. Seronok semua tetamu mendengar celotehnya. Punyalah bercakap tak berhenti, udahnya kuah kuzinya macam terhangit sedikit. Ramai sungguh peminat Chef Wan nie, hampir semua dalam nie orang Melayu, and Chinese people sahaja. Tak ada langsung orang Aussie.
Bila hujan dah reda sikit, bergerak ke gerai No.7, Mom's Delight, gerai my Adelaide's gang. dah order siap dah so datang nak bayar and ambil aje. Masa nak datang nie terkofius sikit sebab tengok line panjang beratur, ingatkan gerai nie, tapi bila dah dekat sikit, rupanya bukan.
Bertungkus lumus my Adelaide's gang nie berniaga. Penuh gerai dengan barang makanan, periuk belanga. Tak memang tangan tengok menyediakan persiapan.
I beli all the makanan yang they all sediakan, 2 bekas nasi lemak, 2 bekas nasi tomato dan juga 4 bungkus laksa. Laksa tu buatan Kak Aishah, paling sedap di Adelaide kata beberapa orang. Kira nie first and the last dapat makan laksa Kak Aishah sebabnya Kak Aishah telahpun kembali ke Malaysia minggu lepas. Puas hati beli sebab semua makanan mmg sedap. Laksa tu sampai berebut dengan Daddy Jack sebab kami berdua nie mmg hantu Laksa tau.
Tapi, tahun nie ada persaingan dari gerai sebelah. I pun terkejut tengok ramai sangat orang beratur kat kedai nie. Jenguk juga apa yang dijualnya, kut la ada yang special ker, tak jugak just jual nasi briyani aje.
Tapi yang menunggunya panjang sangat, sampaikan melengkar-lengkar barisannya. Kesian gerai lain yang cuba mandapatkan perhatian terlindung dengan barisan ini.
Tahun nie sambutan agak kurang memberangsangkan, tak macam tahun lepas penuh orang sampaikan tak ada tempat nak duduk. Mungkin sebab cuaca pun macam agak kurang menyenangkan dengan hujan dan mendung so agak sejuk sikit.
Ada juga permainan sepak raga diperkenalkan untuk mat salleh Aussie. Tapi anak-anak kita yang lagi berminat nampaknya. Yer la, selalu dok main bola aje, nie mainan tradisi pun tak tahu.
Dulu teringat zaman sekolah, bila waktu rehat aje main lompat getah. Seronok, kan. Tapi sekarang nie idakler termampu nak lompat-lompat tu, boleh semput dibuatnya.
Seronok dapat jumpa Kak Azie dan Effa, masa nie belum sempat lagi nak beraya pun. Sekarang nie pun tengah memenuhi beberapa undangan untuk beraya jugak.
Balik, semuanya keletihan. Penat and sejuk juga. I pun tertidur juga, mujurlah nak beli makanan siap-siap so Daddy Jack just warm up aje and makan dengan Danish.
No comments:
Post a Comment