Raya kedua, Ayah buat open house yang bermula pukul 10 pagi. Mujur tak adalah macam tahun-tahun lepas, sebelum pukul 10 dah ada yang menunggu, this time semuanya agak terkawal keadaanya.
Kali nie we all tak susah payah nak menyediakannya, Ayah dah suruh orang sediakan. Mana nak masak kalau jemputannya aje sampai 3 kampung. Maunya pengsan kami adik beradik. Tapi taklah lepas tangan ajekan, adalah juga menyediakan rendang ayam, daging serta yang istimewa sekali...rendang burung puyuh ler.
Khemah dipasang untuk tetamu agak berasa selesa semasa makan, ada kipas semua so taklah berpanas duduk di tengah padang. Masa nie cuaca taklah panas sangat, just nice aje.
Bila dah tengahari, tetamu dah mula ramai dah. Maklumlah lunch time kan. Tetamu pun tak datang sekaligus, datang secara berperingkat-peringkat so taklah khemah sesak sangat.
Hannan dan Danish ditugaskan untuk memberi duit raya kepada kanak-kanak. So, kena tunggulah kanak-kanak datang so bagi duit. Danish seronok sangat bila time nie, dapat bagi duit.
Tak sempat nak letakkan duit raya dalam sampul so kena bagi macam tu aje, walaupun nampak macam tak proper sangat, Tak aperlah, tahun depan kita siapkan duit raya untuk kanak-kanak cepat sikit, kan.
Kami pun duduk bawah khemah sambil melayan tetamu, tapi sebenarnya lebih kepada makan aje. Makan berulang kali, sampai senak perut dibuatnya.
Ada juga disediakan hiburan untuk orang ramai, band Anak Kayan. Sedap-sedap lagunya, taklah membungitkan telinga orang masa tengah makan.
I always love satay, ke mana pun, satay juga menjadi pilihan. Untuk open house nie sahaja ayah order, kalau tak silap I 10,000 cucuk sate untuk hidangan para tetamu. Jenuhlah makan satay, jangan sebut nak makan satay lagi dah.
My kerinting pun sama juga, tapi selalunya makan yang atas aje, yang kat bawah tu dah tak nak dah, so I jugak yang kena habiskan.
Dah hampir nak petang, krew RTM datang and buat some interview sikit pasal Ayah. Lepas tu ada selingan ucapan hari raya juga. Bercakap pasal interview nie, ada satu peristiwa terjadi masa kami berbuka puasa di Pan Pacific lepas. Nanti I cerita yer.
Dah nak habis majlis, barulah nampak my relatives on Ayah's side. Rupanya depa pun sibuk beraya ke sana ke mari. Ada juga yang datang dulu, then mak ayah datang kemudian sebab ada rumah terbuka yang lain. Tak apalah, kan janji nampaklah muka di hari raya nie.
My Pak Teh pun datang juga. Rupanya Pak Teh dapat sambung kontrak as SUK Pahang untuk lagi setahun. Tahniah Pak Teh, all the best to you.
huuuh...sebulan ni dok makann jee.. naik badan beb..
ReplyDeletemeriahnya open house umah family gina nih....:)
ReplyDelete