Nuffnang Ad

Monday, 12 September 2011

Cuti panjang dah habis, bro

Khamis lepas, kami telah berangkat pulang ke Adelaide semula after 2 minggu bercuti raya bersama keluarga. Itupun Ayah tanya whether nak extend atau tak, hajat dihati tu nak aje, tapi bila pikirkan perjuangan Daddy Jack yang belum selesai, so kenalah balik juga. Bila balik Malaysia cuma bawa balik 2 beh kecil and satu kotak hadiah Corelle untuk Ibu tapi bila balik nie beg masih tetap sama cuma kotak aje yang bertambah menjadi 2. Apakah barang yang I bawa balik tu..tunggu ajelah yer, nanti I reveal. So, perkara wajib dibuat kalau bawa balik kotak, kena sealkan supaya selamat sikit.

As usual, bila nak check in, and sessi menimbang barang..Daddy Jack kecut perut. Takut excess baggage but Alhamdulillah, barang balik kali nie tak banyak sangat so beratnya masih ada lebih lagi. Mujur KLIA nie tak ada supermarket, kalau tak sure dah bertambah kotak atau beg boleh diisi barang lagi.

Sementara menunggu nak boarding, kali ni lepak McD aje, malas sungguh nak lepak KFC sebabnya the bioys nak layan main playground so pujuk duduk kat McD ajelah si bolehlah makan burger GCB yang super duper sedap tu. Lagipun, pintu nak masuk pun dekat aje. Kali nie Daddy Jack pesan nak masuk cepat sikit sebab nak jalan-jalan kat Satelitte Building tu. I dah pikir dah nak beli apa. So sessi selamat tinggal pun cool aje, tak ada menangis-nangis dah macam pertama kali dulu, but sedih tu masih ada juga tambah pulak bila Ayah cakap ada surprise nanti. Apalah bendanya tu..tak sabar pulak menunggunya.

We all sampai Adelaide on Jumaat, pukul 615, kira-kira pukul 4 pagi waktu Malaysia. So far, perjalanan okay aje, layanan yang baik form MAS Crew and also the food pun sedap. But I dah makan McD so makan pun cuit-cuit ajelah. Hentam minum kopi so tak berapa nak tido lagipun balik kali nie ada budk kecil so banyak yang crancky, menangis tak henti so tak berapa nak tido sangat takut my boys terjaga pulak. Semua barang yang kami bawa Alhamdulillah, lepa semuanya walaupun diperiksa satu-satu oleh Kastam Australia, nanti I ceritakan lebih kanjut yer. Abang Azul picked us up from airport then singgah rumah sekejap sebab Kak Azie nak bekalkan kami bihun goreng as breakfast. Lepas sampai rumah, ingatkan cuaca okay dah rupanya masih sejuk, so lepas makan bihun Kak Azie, semuanya tertidur kepenatan.

Bangun tidur aje, semuanya lapar balik. Nak masak, jangan harap ler. Dapur pun masih tak berkemas lagi. Malas sebenarnya so ajak Daddy Jack makan luar ajelah. Dah alang-alang ke Ghan Kebab House kat Procpect, terus la beli stok ayam and daging. Malas pulak nak datang 2-3 kali ke sini. Kami tak dine in cuma takeaway sahaja sebab penat tu masih terasa. Daddy Jack punyalah lapar, sampaiakn diordernya 4 jenis nasi plus 2 kebab, bila bawa balik, macam nak buat kenduri aje. Rasanya mau 2-3 hari nak menghabiskannya.

No comments:

Post a Comment