Menjadi kebiasaan bila beraya di Kuantan, lepas bersalaman di pagi raya, semua kena siap-siap untuk berangkat ke Pekan untuk ke Istana Abu Bakar. Ayah harus ke sana, salah satu perkara yang perlu dilakukan di hari raya pertama untuk mengadap Sultan Pahang, ini mmg satu kemestian bagi Ayah sejak dilantik menjadi ADUN lagi.
Kali nie dapat tengok banyak kek-kek yang dipersembahkan kepada Sultan oleh pihak-pihak tertentu, antaranya kek ini dari TPM, Muhyidin Yassin dan isterinya.
Ibu and my kerinting teruja tengok kek besar dan bertingkat-tingkat nie, tapi kek nie tak boleh makan, just for decoration, only.
Sempat merasa kek ini, memang sedap..lembut and not so sweet. But sorang merasa one piece aje, kalau nak tambah kena pi ambil kat juruhidang tu, tapi bila dah ambil kali kedua, malu la pulak.
Ryan sibuk nak makan kek nie, tapi masa we all sampai, kek nie tak dipotong lagi. Maybe sebab tengok the decoration, tu yang Ryan teruja nak makan juga.
Tak ramai orang masa kami sampai, tak merasa pun apa hidangan yang disediakan sebab masing-masing dah kenyang sebelum datang ke istana, cuma menjamah kuih raya dan juga kek coklat sahaja.
My adik ipar kali pertama beraya di istana but for Daddy Jack, ini kali kedua beraya di Istana. Pertama kali dulu masa mula-mula kawin so dapat merasa duduk di meja tetamu VIP. Lepas dapat Danish terus tak pi dah sebabnya anak masih kecil so payah nak handle, nie pun Ibu yang ajak sebab semua ada, kalau tak mmg tak pergi la.
Ramai betul tetamu yang datang yang terdiri daripada rakyat jelata, tapi apakan daya, Tuanku tak turun padang sebab tak berapa sihat, but the Sultanah beramah mesra dengan anak-anak kecil yang datang beraya.
Hannan tiap-tiap tahun beraya di istana sebabnya die yang kena bawak kereta. So, die kata, tak ada gambar kat istana pun bila datang sini.
nampak sedap semua kek2 tuh .
ReplyDeleteseronoknya! ayu x de pengalaman beraya kat istana lagi..
ReplyDeletehuhuhuhu