Nuffnang Ad

Tuesday, 20 September 2011

Nyamannya

Balik Malaysia lepas, I mmg admit cuaca agak panas especially di Kuantan, but panas-panas pun Malaysia tetap dihati, okay. Petang raya pertama tu, kami dah bertunggu tangga di East Coast Mall dah, panas punggung duduk rumah. Dah puas pusing-pusing, tak membeli pun then lepak Starbucks kejap.

Dulu, rajin sangat mengumpul tumbler and also mug ni. Tapi, sejak Starbucks buat re-branding, mcm tak berapa lawa la especially mug tu. Nampak weird sangat. I nak tengok design Australia punya macamana, tapi nak kena cari my Adelaide's gang yang nak ke Sydney atau Melbourne la sebab Starbucks hanya ada di sana sahaja..sedih, kan.

Sekarang nie, semua benda kena beli 2, tak boleh beli asing-asing so akan berebut. Tak kisahlah baju, kasut even makanan pun. Danish nak makan kek, so tak boleh share, karang terjerit-jerit dalam Starbucks nie so kenalah beli satu lagi. Udahnya Danish just cuit sikit and Ryan punya tak luak langsung. Eiiii, geramnya.

Frappucino tak ketinggalan, 2 chocolate and Java Chips. Of course la chocolate tu untuk the boys, yang nie they all enjoy sangat maybe menggantikan ice-cream panas-panas nie so laju ajelah menyedutnya.

No comments:

Post a Comment