Nuffnang Ad

Sunday, 4 September 2011

Persiapan di hari terakhir ramadhan

Dah raya ke-6, I masih tak update dengan cerita-cerita raya, apa nak buat kan, beraya di Malaysia memang sibuk dengan beberapa undangan terutamanya saudara mara, itupun belum mendapat undangan dari kawan-kawan which is rasa mcm tak sempat aje.

Me and Daddy Jack antara yang balik awal cos my other siblings masing-masing balik on malam raya sebab ada yang still kerja. Kak Cik ikut Ibu balik since Jumaat lepas tapi tak banyak persiapan dibuat sebab tak cukup kaki dan tangan nak membuatnya. So, a day before raya tu barulah berkesempatan nak memasang langsir rumah.

Daddy Jack dipertanggungjawabkan untuk memanjat dan memasang langsir sebabnya Hannan telah dikerah untuk ke sana-sini as a runner membeli kelengkapan yang tak ada. Lagipun Daddy jack memang suka bab-bab mengemas nie dari pi keluar pi beli barang sebabnya penat sikit.

The boys melayan Upin & Ipin di Youtube so tak lah they all mengacau sangat. Kalau tak, hiruk pikuk dibuatnya dengan jeritan sana-sini..dah macam tarzan aje gayanya.

Ada sikit bahagian langsir yang kena diubahsuai so tugas itu diserahkan kepada Ibu. I memang tak pandai bab-bab menjahit nie. Ibu dah berapa kali suruh pi kelas menjahit kat Adelaide tu, tapi tak berkesempatan aje.

Projek pasang langsir terpaksa ditangguhkan sebab kena pergi berbuka puasa di luar so disambung lepas balik from berbuka puasa. Masa nie dah ramai my siblings dah sampai, so masing-masing ambik tugas masing-masing tanpa perlu disuruh.

Ada yang ambil tugas untuk memasang lampu kelap kelip kat luar rumah. Tak beli baru pun, pakai yang mana ada aje.

Habis tugas pasang langsir, Daddy Jack ambil bahagian untuk pasang carpet pulak.

Malam pun dah lewat, Ryan dah tidur time nie so hanya melayan Danish ajelah. Tahan sungguhlah mata die walhal masa nie dah dekat pukul 12 tengah malam dah.

Tugas-tugas di dapur dikelolakan oleh Ibu sambil dibantu oleh pembantu-pembantu yang bertungkus lumus menyediakan juadah hari raya kami.

Untuk mengelakkan kekalutan di pagi raya, ada masa terluang gosok baju dulu..yang tak ada anak lagi tak kisah sangat nie yang ada "handbags" memang kena siap cepat, kalau tak memang huru hara dibuatnya.

Lama juga nak menunggu lampu kelap kelip nie dipasang, sampaikan anak dan menantu semua turun padang nak memasangnya.

So, dah cantik dah lama rumah Ayah dengan cahaya lampu kelap kelip nie.

Sebelum pi berbuka kat Zenith Hotel, singgah East Coast Mall nak beli beberapa persiapan raya. I suruh Ibu beli set Corningware sebab nampak cantik and murah aje. After a few discussion dengan Ayah, so beli set Corningware untuk dipakai di pagi raya. So, I rasa pun tak payah la sibuk nak beli kat Adelaide sebab kat Malaysia pun agak murah bila offer.

Kesianlah pembantu-pembantu ku ini, buat persiapan raya sampai ke pagi. Masa nie I dah mengantuk sangat, kalau tak silap dah pukul 1 pagi but depa still bersemangat nak masak itu ini.

Yang lelaki tu suami Kak Milah. Diangkutnya suaminya sekali sebab nak beraya dengan Ibu. So, suaminya tolong tgkkan pokok bunga dan juga kolam ikan ayah.

I cuma mampu membelikan Ibu ini sahaja, 3 set Corelle dari Adelaide, itupun bunga yang lain dari 2 set yang I dah beli sebelum ini. But Ibu okay aje, walaupun tak sama pattern.

No comments:

Post a Comment