Nuffnang Ad

Thursday, 4 July 2013

DFO South Wharf

Lepas lunch and jalan-jalan di Harbourtown, we all naik Tram City Circle untuk ke DFO South Wharf nak habiskan masa. Nak ke DFO Essendon memang tak sempatlah cos all the shops tutup about 6pm, so berjalanlah sambil cuci mata.

Still hujan so suram ajelah pemandangan di sekitar Melbourne City.

Disebabkan hujan and the boys dok main puddle dengan sampai habis basah kasut so di Harbourtown kena beli rain boot sebab dah lenjun kasut. Bila dah lenjun, masing-masing dah geli la. Sepanjang jalan menuju ke DFO tu habislah segala lecak dipijak dan main air..grrrrrr.

Di sekitar DFO South Wharf ni nampaklah all the cool cafes and Japanese restaurant yang hype sangat. The decor looks so lovely and nice. Some of my friends in KL pun ada upload gambar depa dok mengopi di sekitar cafes di KL and tak sangka KL pun dah banyak cafes yang cool juga. Cant wait to be home in September.

DFO South Wharf ni tak ada jual barangan pinggan mangkuk like Corning tu, so tak berapa meriah sangatlah. Daddy Jack suka pergi sini sebab ada banyak sport outlets.

Sale memang ada di setiap kedai, jenuh masuk and belek-belek aje. Nak beli pun kena tengok keperluan la sekarang ni, mana yang perli aje beli, tak perlu tak payah beli dah.

Tak larat ikut Ibu yang masuk setiap kedai, me and Ryan duduk melepak dulu di cafe sementara Ibu and Daddy Jack gi merayap di setiap kedai.

Sejuk-sejuk ni memang sedap la makan butter croissant with hot chocolate.

As for Ibu, dah dapat yang berkenan di hati

Hadiah birthday Danish from Ibu

Lepas balik from DFO, singgah pulak makan KFC. Lagipun ada kawan di Adelaide yang mengirim, we all pun tak tahu berapa banyak, so belikan mereka satu bucket and we all pun bawa balik pun satu bucket jugak. Ada yang cakap rasa KFC sini tak sama macam di Malaysia but janji ada yang halal so bedal ajelah. Sedap tak sedap tu belakang kirakan. If yang duduk di Adelaide macam I ni, everytime tgk iklan KFC di TV rasa terliur aje sebab di Adelaide tiada KFC yang halal mcm di Sydney atau Melbourne. Lagilah kesian, nak makan kena pi travel nearly 10 jam by car or  1 1/2 hours naik flight semata-mata nak makan KFC aje.

Wednesday, 3 July 2013

Makan dulu

Hari kedua we all di melbourne masih hujan lagi...gloomy aje rasanya tapi nak tak nak kenalah meredahnya jugak. Berlapis-lapis la pakai baju untuk menahan diri dari kesejukan itu.

 Pengangkutan utama di Melbourne, Tram yang bersimpan siur di jalanan berbanding di Adelaide.

  
We all ke Harbourtown dulu, then nak round city dengan City Circle yang free. Parking di Harbourtown for all day is only AUD6.

Brrrr, memang sejuk. Ni pun dah pakai berlapis-lapis pun masih rasa kesejukannya. 


Kebetulan we all datang ni, musim Australia Stocktake Sale, semua kedai sedang mengadakan jualan besar-besaran.

  So makan lunch dulu di Chilli Padi. Setiap kali ke Melbourne sure makan disini dulu. Nasi gorengnya sedap sangat dan juga kuay teow goreng.

Kari Ayam yang baru dimasak untuk dimakan dengan roti canai, nampak sedap juga.

Rendang pun ada juga

Roti canai

 Masing-masing tak sabar nak makan

 


The best...kuay teow goreng with Teh tarik di kala kesejukan

Semangkuk mee tomyam untuk Ryan yang berjaya dihabiskannya. Lapar agaknya sejuk-sejuk ni yer.

Lepas makan, berjalan-jalan dulu di Harbourtown, singgah satu-satu kedai. Ada yang berkenan beli. Disebabkan masing-masing tak tahan kesejukan...so terpaksalah mencari baju sejuk lain pulak. I pun end up beli puff jacket juga walhal my last winter in Australia ni, tapi disebabkan murah, so manalah tahu ada rezeki nak datang lagi ke sini for my next winter, kan?


Tuesday, 2 July 2013

Misi mencari souvenir

Pagi-pagi lagi we all dah start our mission in Melbourne ni, keluar untuk ke Victoria Market mencari souvenir untuk Ibu bawa balik for her friends. So pagi tu since tak tahu nak breakfast dimana, we all menuju ke McDonalds balik for our quick breakfast.

I always love the Banana bread, toasted with butter in McCafe, tak sesedap dimana-mana bakery pun. Even if we all bawa the boys gi makan McD pun, I always minta the banana bread. Sedap sangat.

Dah sampai Queen Victoria Market ni, mata pun jadi rambang ler nak pilih souvenir untuk dibawa balik, antara yang banyak dijual disini adalah tshirt for adults dan juga kanak-kanak. Banyak sangat design and also colour yang boleh dipilih berbanding dengan Adelaide yang terhad aje designnya.

Begitu juga dengan pelbagai lagi sounvenir like fridge magnet, purse, bags, pen dan macam-macam lagilah, memang kena siapkan list if datang ke sini.

Fridge magnet memang ada banyak design dan harganya juga murah sangat like 8 for AUD10. 

Nampak boomerang pun dijual dengan harga yang murah juga, ada tu 3 for AUD20 yang saiz besar, setakat nak buat hiasan di rumah mmg cantiklah.

Entah macamana la Ibu boleh berkenan dengan trolley corak leopard ni, beli kat market ni jugaklah. Nak bawa balik Malaysia untuk senbang ke Pasar Tani nanti katanya.

Bagus juga beli trolley ni, kat sini aje dah banyak membeli so semua disumbatkan dalam trolley ni. 

Buah-buahan jangan cakaplah, geram-geram tengok semuanya. Fresh dan besar-besar. Sempat beli King Gala Apple dan juga Mandarin untuk dimakan di dalam kereta nanti as a snack dikala lapar sejuk-sejuk ni.

Ryan ikut Daddy Jack and Danish ikut me and Ibu berjalan-jalan di tempat menjual fruits and vege. 

Sayur-sayur pun segar semuanya. Apakan daya nak beli untuk bawa balik Adelaide tidak dibenarkan sebab tak boleh membawa masuk segala buahan dan sayuran takut ada any insects yang boleh mematikan tanaman di SA nanti so bila sampai border nanti kena buang, rugi aje.



Rupanya yang menjual buah-buahan ini seorang Muslim, diberinya salam bila we all berikan buah untuk ditimbang. Siap bagi lebih lagi. Semoga dimurahkan rezeki peniaga ini. Insyallah.


Melbourne with Ibu

Satu lagi kejadian yang tidak dirancang..trip to melbourne dengan Ibu. Daddy Jack check car rental ada offer kereta for one week about $500 so dah alang-alang ada kereta yang selesa so berkemas la we all untuk berjalan ke Melbourne. Memang tak plan pun so we all just bawa apa sahaja makanan yang ada dalam pantry tu aje.

Sepanjang jalan from SA to Victoria hujan aje sepanjang jalan, sejuk jangan cakaplah mmg tak tahan. Berhenti untuk sembahyang Zuhur then after that menerukan perjalanan. First time pergi Melbourne in winter, dulu pergi masa Spring so nampaklah cantik pemandangan di sepanjang jalan, ni ladang-ladang pun masih kontang aje.

Berhenti kejap di Nhill untuk solat Asar serta mengisi minyak kereta. Kebetulan pula kat situ ada cafe so isi perut la kejap dengan makan Fish and Chips yang sangat sedap. Tak tahulah samada perut tengah lapar atau mmg sedap, sampaikan we all bungkus untuk dimakan dalam kereta lagi.

Sampai di Horsham dah agak gelap...well actually ni dah pukul 7pm tapi nampak macam dah pukul 10 malam aje, still raining lagi.

Sampai aje Ballarat, we all dah panic kejap sebabnya tak nampak jalan cos kabus sangat tebal. Daddy Jack bawa kereta pun perlahan aje walaupun ada aje lori dan kereta yang laju di lane sebelah tapi still takut jugak.

After 10 hours from SA to Melbourne City, dengan hujan sepanjang perjalanan, dengan lori-lori serta kabus tebal, dapat makan ini tak tergambar perasaannya. Nak makan KFC dan juga McD yang halal hanya ada di Melbourne dan juga Sydney sahaja, di Adelaide hanya makan fish fillet dan juga fries sahaja.

Kebetulan pula Happy Meal ada offer Paul Frank miniature ni, lagilah suka Danish dan Ryan. Actually ada dua toys, one is from Skylanders tapi yang tu dah habis so kenalah ambil Paul Frank ni but I la yang ambik cos looks cute la pulak. After makan, then badan pun dah penat so we all bergerak pula ke rumah tumpangan yang last minute booking, mujurlah rumahnya tu available. Sampai aje, terus masing-masing tidur keletihan.