Hari kedua we all di melbourne masih hujan lagi...gloomy aje rasanya tapi nak tak nak kenalah meredahnya jugak. Berlapis-lapis la pakai baju untuk menahan diri dari kesejukan itu.
Pengangkutan utama di Melbourne, Tram yang bersimpan siur di jalanan berbanding di Adelaide.
We all ke Harbourtown dulu, then nak round city dengan City Circle yang free. Parking di Harbourtown for all day is only AUD6.
Brrrr, memang sejuk. Ni pun dah pakai berlapis-lapis pun masih rasa kesejukannya.
Kebetulan we all datang ni, musim Australia Stocktake Sale, semua kedai sedang mengadakan jualan besar-besaran.
So makan lunch dulu di Chilli Padi. Setiap kali ke Melbourne sure makan disini dulu. Nasi gorengnya sedap sangat dan juga kuay teow goreng.
Kari Ayam yang baru dimasak untuk dimakan dengan roti canai, nampak sedap juga.
Rendang pun ada juga
Roti canai
Masing-masing tak sabar nak makan
The best...kuay teow goreng with Teh tarik di kala kesejukan
Semangkuk mee tomyam untuk Ryan yang berjaya dihabiskannya. Lapar agaknya sejuk-sejuk ni yer.
Lepas makan, berjalan-jalan dulu di Harbourtown, singgah satu-satu kedai. Ada yang berkenan beli. Disebabkan masing-masing tak tahan kesejukan...so terpaksalah mencari baju sejuk lain pulak. I pun end up beli puff jacket juga walhal my last winter in Australia ni, tapi disebabkan murah, so manalah tahu ada rezeki nak datang lagi ke sini for my next winter, kan?
suka tgk rayyan makan ..selera
ReplyDeletekuay teow goreng tu nampak sedap..mcm tu gak kari ngn rendang
Kalau die lkapar, memang berseleralah makan Kak Atty, if tak main-main aje.
Delete