Alhamdulillah, hari ini we all sekeluarga di Adelaide telahpun memulakan ibadah puasa, sama juga dengan keluarga di Malaysia. Sedar tak sedar, dah 4 tahun we all menunauikan kewajipan berpuasa di Adelaide ini dan tahun ini merupakan tahun terkahir kami berpuasa disini. Tahun depan balik semula berpuasa dan juga beraya di Malaysia. Dah tak sabar dah rasanya.
Tahun ini berpuasa di Adelaide agak suram, bila ramai kawan-kawan yang lama kenal dah mula pulang ke Malaysia, sedih la pulak, kan. Dulu suasana Ramadhan agak meriah, ada aje undangan berbuka puasa di rumah kawan-kawan sambil bersolat Terawih beramai-ramai. Antaranya Kak Shidah yang rajin mengajak tanpa pernah lupakan kami sekeluarga untuk berbuka dan bertarawih bersama-sama. Teringat juga pertama kali membuat bubur lambuk dan memberikan kepada rakan-rakan terdekat, ohh memang best. Lepas tu sesi bertukar-tukar juadah sesama kami, itu memang best. Tahun ni mujurlah ada Ummi, jiran terdekat mungkinlah boleh nak bertukar-tukar juadah pun.
Seronoknya berpuasa di Adelaide ni adalah waktu berbuka cepat bila winter ni. Kesian my friend yang duduk di UK serta US yang berpuasa dekat 20 jam cos of summer. Tak apalah, tak kisah dimana pun kita berpuasa atau berapa lama menunggu waktu berbuka, namun kita harus mengejarpahala-pahala yang banyak di bulan yang mulia ini.
Dah print a few of this and diletakkan di dapur dan juga bilik untuk panduan di bulan puasa ini. Insyallah, if ada diberikan rezeki yang lebih akan cuba bersedekah di bulan yang mulia ini. Selamat berpuasa buat pembaca-pembaca blog saya yang budiman, walau dimana anda berada. Maaf Zahir Batin sekiranya ada kesalahan tutur kata dan bual bicara yang menyinggung perasaan kalian semua.
No comments:
Post a Comment