Nuffnang Ad

Saturday, 20 July 2013

Berbuka puasa

Kalau mood rajin, rajin ler membuat kuih yang rumit sikit mcm kuih lopes ni. buat tak pandai nak sikit-sikit so buat sampai setalam, udahnya banyak. Mujurlah ada kawan-kawan terdekat so pakat kirimkan sikit untuk berbuka puasa jugak.

Alhamdulillah, Danish dah berpuasa penuh seminggu, cukup seminggu we all treat him dengan pizza. Nak berbuka di luar rasanya belum lagi sebab cuaca pun sejuk, lagipun we all berbuka ringkas dulu, after terawih baru makan makanan berat, itupun bukan makan nasi tapi makanlah mee/bihun.

Kalau datang malasnya, maka burger ajelah solution untuk berbuka puasa. Tambunkan aje apa yang ada dalam fridge untuk so nampaklah menyelerakan sikit.

Ni menu sahur, Alhamdulillah rezeki dari jiran yang sudi bertukar juadah lauk pauk masa I baerikan kuih muih untuk berbuka. They all memang tahu pun yang I takkan makan nasi for berbuka tu yang depa balas dengan lauk bila I hantarkan kuih.

Kalau buat bihun sup, sure sampai seperiuk sebabnya nanti sup tu boleh dimakan dengan nasi bila bersahur nanti.

First attempt membuat kuih kaswi, Alhamdulillah menjadi. Takut jugak if terlembik atau terkeras but just nice aje.

Kalau datang kerajinan tu sampai boleh buat bermacam-macam jenis kuih muih untuk berbuka, tapi kalau malas, cukuplah hanya satu jenis kuih aje.

Mujur ada yang sudi menjual murtabak, so taklah terasa kesedihan bila tengok kawan-kawan di Malaysia dok makan murtabak aje di bulan puasa ni.

 Menu Khamis lepas, makan mee bandung Muar style.

Punyalah kelam kabut mengemas, sampaikan pinggan pun dah nak terbuang jugak dalam tong sampah.
 

2 comments:

  1. Selamat berpuasa. Pandainya buat kuih. Nasib ada skill. Bolehla merasa time merantau kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa, Rina. Kat sini terpaksalah pandai buat kuih, kalau tak asyik teringat kuih malasyia ajelah

      Delete