Nuffnang Ad

Thursday, 11 July 2013

Alhamdulillah, selesai 1 Ramadhan

Alhamdulillah, sempurna sudah Ramadhan yang pertama di Adelaide. Cuaca pun agak panas semalam so tak terasa kesejukan yang melanda. Dalam pukul 10 pagi, we all dah keluar ambil angin kejap ke City sambil shopping some Asian stuffs at Central Market. Maklumlah, puasa-puasa ni mulalah nak makan macam-macam jenis kuih muih Melayu so nak la top up segala tepung beras, tepung pulut, agar-agar, dan macam-macam lagilah.

Menu pertama berbuka puasa, Mee Kari atas permintaan Daddy Jack. Dia tu berpuasa mengalahkan budak kecik, pukul 8am dan bincang menu untuk berbuka dalam kereta we all nak ke CM tu, kejap mee kari...pastu alih-alih nak nak makan ketupat, lemang dan juga rendang. Pastu makin merepek meraban la pulak menunya...nak cheese cake lah, rojak mee la

Alhamdulilah, Danish pun berpuasa penuh hari ini, he start berpuasa since 7 yo tapi berperingkat-peringkat dulu like weekend aje tapi sekarang ni tengah cuti sekolah tu yang boleh nak latih die berpuasa penuh ni.

Kalau ikut niat Daddy Jack macam-macam nak dimakannya so, tanya Danish senang aje..nak Mee Kari aje, so settle mee kari and buat kuih sikit. Cukuplah, lagipun bukanlah ramai pun dalam rumah ni, tak nak membazir.

We all berterawih di rumah aje, ada anak-anak kecil ni takut nak bawa sembahyang di masjid sini cos takut menganggu makmum yang lain pula, so berterawih di rumah senang sikit. Budak ni yang dok sibuknya, lompat atas katil, main hide and seek dalam almari sementara tunggu we all habis solat.

After terawih, bermoreh la sesama kami aje, maklumlah nak ajak kawan-kawan datang berbuka belum lagi sebab rumah ni penuh dengan barang-barang yang nak dimasukkan dalam kotak. Insyallah, dalam masa 2 minggu lagi settlelah semuanya. Sempat juga membuat buah melaka dan juga tau foo faa untuk berbuka semalam.  Ummi bagi agar-agar milo dan Shifa bagi pulut inti. Alhamdulillah, walaupun duduk oversea, namun budaya bertukar-tukar juadah ini masih diamalkan walaupun masing-masing duduk jauh-jauh.

Disebabkan we all ni berbuka puasa tak makan nasi, so bila sahur tu mulalah jenuh pikir apa yang nak dimakan, adakalanya malas nak masak nasi sebab hanya berdua sahaja. Mujurlah masa beli groceries ternampak set nasi ini di Coles.

 
Selalu kadang tu makan nasi Sunrise aje, kali ni nak mencuba makan ni jugaklah. Ada my friend here yang kata sedap, ada yang kata tak, well nanti I cuba ikut tekak I pulak yer.

4 comments:

  1. aduhhh sedap gila!

    awwwwwwwwwwwww budak comel tu senyum handsome :)

    akak buang la word verification ni susah la nak komen :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Volvo
      Dah buang dah pun so sila komen banyak-banyak yer

      Delete