Nuffnang Ad

Wednesday, 24 July 2013

Ryan and his kindy days

Ryan dah start bersekolah start last year lagi. Baru masuk kindy aje, tapi as usual, baru-baru masuk tu agak takut-takut jugakkan. Masa tu everytime nak kena pi kindy ada aje alasannya. Sakit kaki lah, ketiak la mcm-mcm lagi. Paling tak tahan mintak pakai baju besar mcm ni sampaikan dah rupa macam penguin aje tapi tak kisahlah Ryan, janji nak pergi kindy.

Sessi sekolah hanya 3 hari, 2 hari sessi penuh from 9 am till 3 pm and satu hari cuma half day sahaja from 9 till 1130am. So selalunya on Fridaylah half day so lepas pick him up from kindy, then singgah library kejap.

Sepanjang duduk di kindy tu memang tak terasa lapar kut so bila balik tu hah baru terasa kelaparan yang teramat.

Kalau mood baik aje nak pergi kindy, singgah lah petrol station beli treat untuk Ryan, selalunya ice-creamlah yang dimintanya. Pernah sekali ajak pi petrol station sebab nak cari nasi lemak macam jual kat Malaysia..la mana nak jumpanya kat Adelaide ni, pisang dan epal adalah.

Memang balik sekolah aje, automatik punggah makanan dalam lunchbox then baru nak makan. Bukan tak sempat makan kat sekolah, tapi sibuk nak main dengan friends, katanya.

Kadang tu we all singgah kejap kat playground, main slide semua so taklah bosan bila balik rumah nanti.

Kat sekolah, ada banyak playdoh set ni, so kalau gi shopping mall memang nak sangat suruh kita belikan Playdoh set untuk main dirumah.

Ada masanya, Ryan malas jalan kaki balik dari school, penat katanya so terpaksalah mengusung stroller ke sekolah, then tinggalkan kejap. Seronoklah die duduk dalam stroller tu, sambil tu mulut dok makan muchies yang dibekalnya.

Kalau berjalan kaki balik sekolah, tak lama lepas tu memang tuidur la keletihan berjalan kaki ataupun bermain disekolah. Jarang Ryan ni tidur petang since kecik lagi unless if dia betul-betul penat hah tu mmg akan tidur.

Kalau tak ke kindy, macam nilah gayanya. Duduk diam-diam dalam bilik, ada aje benda yang dikelebeknya.  Ryan oh Ryan.

No comments:

Post a Comment