Nuffnang Ad

Tuesday, 2 July 2013

Misi mencari souvenir

Pagi-pagi lagi we all dah start our mission in Melbourne ni, keluar untuk ke Victoria Market mencari souvenir untuk Ibu bawa balik for her friends. So pagi tu since tak tahu nak breakfast dimana, we all menuju ke McDonalds balik for our quick breakfast.

I always love the Banana bread, toasted with butter in McCafe, tak sesedap dimana-mana bakery pun. Even if we all bawa the boys gi makan McD pun, I always minta the banana bread. Sedap sangat.

Dah sampai Queen Victoria Market ni, mata pun jadi rambang ler nak pilih souvenir untuk dibawa balik, antara yang banyak dijual disini adalah tshirt for adults dan juga kanak-kanak. Banyak sangat design and also colour yang boleh dipilih berbanding dengan Adelaide yang terhad aje designnya.

Begitu juga dengan pelbagai lagi sounvenir like fridge magnet, purse, bags, pen dan macam-macam lagilah, memang kena siapkan list if datang ke sini.

Fridge magnet memang ada banyak design dan harganya juga murah sangat like 8 for AUD10. 

Nampak boomerang pun dijual dengan harga yang murah juga, ada tu 3 for AUD20 yang saiz besar, setakat nak buat hiasan di rumah mmg cantiklah.

Entah macamana la Ibu boleh berkenan dengan trolley corak leopard ni, beli kat market ni jugaklah. Nak bawa balik Malaysia untuk senbang ke Pasar Tani nanti katanya.

Bagus juga beli trolley ni, kat sini aje dah banyak membeli so semua disumbatkan dalam trolley ni. 

Buah-buahan jangan cakaplah, geram-geram tengok semuanya. Fresh dan besar-besar. Sempat beli King Gala Apple dan juga Mandarin untuk dimakan di dalam kereta nanti as a snack dikala lapar sejuk-sejuk ni.

Ryan ikut Daddy Jack and Danish ikut me and Ibu berjalan-jalan di tempat menjual fruits and vege. 

Sayur-sayur pun segar semuanya. Apakan daya nak beli untuk bawa balik Adelaide tidak dibenarkan sebab tak boleh membawa masuk segala buahan dan sayuran takut ada any insects yang boleh mematikan tanaman di SA nanti so bila sampai border nanti kena buang, rugi aje.



Rupanya yang menjual buah-buahan ini seorang Muslim, diberinya salam bila we all berikan buah untuk ditimbang. Siap bagi lebih lagi. Semoga dimurahkan rezeki peniaga ini. Insyallah.


1 comment: