Nuffnang Ad

Monday, 23 May 2011

Alamak !!!!!

Sabtu lepas, Kak Nyah tagged this pic to me via FB...hahahah ? Apakah ini ? Padahal, Selasa lepas baru aje pi IKEA, makan dengan Ibu. I cuma makan Fish and Chips sahaja while Ibu makan the meatballs yang dikatakan menggunakan daripada babi. Macamana boleh jadi macam tu sekali ?

Setakat ini, dah 2 kali restoran IKEA ditutup untuk tujuan penyamakan. Pertama kali dulu pada tahun 2005, kononnya pihak JAKIM telah menyerbu satu kilang di Kepong, dan terjumpa sarung sausages yang menggunakan perut babi dan salah satu yang menggunakannya adalah IKEA. At that time, I memang gile makan sausage di IKEA, sebab masa tu mengandungkan Danish, bila dapat tahu, mcm nak muntah. And now, the meatballs pulak jadi sasaran.

Utara dan selatan

Masa ke Johor lepas, on the way balik KL singgah sebentar di RnR Pagoh. I suka berhenti di RnR plus sebab bersih and cantik. Pilihan makanan pun banyak jugak, tak mcm arah ke Timur, kosong and tak banyak pilihan sebab kebanyakan gerai menjual makanan yang lebih kurang sama sahaja.

Ayah nak makan mee rebus, dah ketagih makan di JB so rasanya sure RnR pun ada jualnya. We all makan di Warung Wakomo sebab nampak macam sedap aje from the gambar. Memang sedap la, dengan kuahnya yang pekat dan juga ramuan yang complete. Ohhhh !!! terasa-rasa di bibir keenakannya. Even we all bawak balik 12 packs untuk dimakan di KL.

As for Daddy Jack, dapat makan laksa dah cukup sedap. He's in to laksa, tak kisahlah laksa asam ataupun laksa Johor. Tapi laksanya pun mmg kick la.

Sunday, 22 May 2011

Ohhhh.....

On the way nak ke rumah mother inlaw, ternampak gerai-gerai buah di tepi jalan. Ohhh !!! buah rambutan in season la yer. Dapat juga merasa.

Selain dari itu, buah mangga pun banyak dijual dengan harga sekilo RM5, apa lagi, beli terus 5 kilo. Makan puas-puas. Kalau di Adelaide, musim mangga dalam bulan 9, lama nak menunggunya.

Tepat pukul 4 petang, hmm mamak jual roti naik motor datang di kawasan rumah, suka sangat beli roti inti kelapa dan juga roti paun buat cicah dengan Milo.

Friday, 20 May 2011

Kalau di Adelaide, just tengok ajelah

Puas dapat makan Subway di Malaysia. Di Adelaide pun ada jugak Subway nie tapi hanya dibenarkan makan tuna ataupun vegetarian sahaja. Yang lain-lain tak halal tapi siapa yang nak, kan. Even sandwich tuna pun mcm tak nak telan aje.

Subway di Malaysia kita boleh pilih apa sahaja yang kita nak makan, semuanya tak ada rasa was-was, kan. Kalau bab vege, I suka letak semua, jalapeno, olive, and semualah letak, and the sauce pulak mesti letak 3 jenis; mayo, chilli sauce and BBQ sauce..memang sedap.

As for the boys, just plain ones sahaja, bread and daging, cheese pun tak nak.

Layan budak berdua nie makan Subway sampaikan I pun teringin nak join sekali, padahal sebelum keluar rumah dah makan nasi dah.

So, my favourite sandwich kalau ke Subway, semestinya Italian BMT. Tak pernah mencuba yang lain, takut tak sedap atau tekak tak boleh terima.

Majlis Aqiqah

Cuti hari Wesak lepas, Kak Nyah buat kenduri anaknya, Ily. Mulanya nak buat weekend tapi tak jadi, masing ada hal so terpaksa buat Wesak nie. Majlis yang simple aje, high tea so tak perlulah nak kecah sibuk masak semua. Before pergi, singgah jap kedai mamak, belikan kek nie as buah tangan. Daddy Jack perli siap perli I lagi, katanya kalau di Adelaide, gigih nak masak pergi rumah orang, kat sini malas..bukan malas, tapi dah lambat.

Antara juadah minum petang yang disediakan, simple aje majlisnya pun

Roti jala, yang dijala oleh maid Kak Nyah.

Makan roti jala dengan kuah durian, mmg sangat sedap

Selain roti jala, ada juga tat telur dan kekyang I beli tadi. Selain dari ini, ada juga disediakan hidangan laksa Pahang, I tak sempat nak ambil gambarnya, hehehehe terlupa.

Selain dari makanan itu, kambing golek juga ada disediakan. Since anak Kak Nyah kan lelaki so wajib dikekahkan 2 ekor tapi untuk majlis ini hanya seekor dibuat dahulu sebab lagi seekor akan diaqiqahnya di Kemboja selepas Hari Raya nanti.

I ada terperasan, org yang menjadi tukang bakar kambing nie pakai baju Australia and pulak tertulis Adelaide di bajunya I pun boraklah dengan die. Rupanya Abang nie pernah kerja di Adelaide selama 6 tahun, as a chef hotel di Adelaide dan tinggal di Golden Grove. Banyak jugalah yang kami sembangkan sementara menunggu kambing masak.

Jemputan pun tak ramai, kawan-kawan Kak Nyah and family terdekat aje. Bila dah jumpa family terdekat pun dah riuh mcm sekampung yang datang.

Sedap kombinasi kambing golek, baked potatos and coloslaw dimakan bersama black pepper sauce. Ayah macam tak berapa puashati tengok majlis Kak Nyah nie, maybe sebab Ayah rasa jemputan tak ramai and makanan pun macam kurang sikit so Ayah decided nak buat balik majlis Aqiqah dan cukur jambul untuk anak Kak Nyah and Abby, kali nie besar-besaran la sikit. Masaklah adik-adik I nanti nak menyediakan bag untuk para tetamu.

Thursday, 19 May 2011

Kegilaan para wanita

Beberapa hari lepas, ikut Ibu ke Jalan TAR, sebab Ibu nak carikan telekung untuk kawannya. I bila aje dengar Jalan TAR, apa lagi, mengeletislah nak ikut so bolehlah cuci mata tengok-tengok tudung, kan.

Tapi kedai yang Ibu ni taklah menjual tudung yang terkini, semuanya tudung bawal aje. Nak jalan sorang-sorang takutlah pulak sambil menyorong Ryan. Bukan takut apa, takut stroller tak boleh masuk kat tepi-tepi bazar tu.

Telekung pun banyak jugak yang cantik-cantik ada yang murah, tapi kalau nak betul-betul cantik harganya sampai RM300++ macam tu. Tapi buat apa, kan, yang penting niat kita nak sembahyang, bukannya nak menunjuk-nunjuk.

So, Ibu dah dapat apa yang dihajatkan, and I pun tumpang membelikan Danish and Ryan kain pelikat. Nak ajar the boys pakai kain pelikat waktu sembahyang.

Cuti tapi tetap sekolah

Sejak balik Malaysia April lepas, we all terus masukkan Danish ke sekolah di sini. Yer la, we all balik agak lama so tak mahulah die ketinggalan dalam pelajarannya. Macam dulu, balik Malaysia sekejap aje dah lupa semuanya. Pertama kali balik Malaysia dulu, bolehlah dianggap balik untuk bercuti dan jalan-jalan tapi kali ini, Daddy Jack pun sibuk with his data collection, so nak berjalan pun taada masa kecuali weekend sahaja.

We decided masukkan Danish ke Smart Reader sahaja, lagipun dekat dengan rumah. Sessi Danish bermula pukul 830 pagi hingga pukul 1 tengahari. Sepatutnya habis pukul 12, tapi ada one hour tu untuk kelas mengaji sekali. So far, Danish enjoy aje pi sekolah and semalam ada trip pergi Pizza Hut. Will update later.

Yellow Mellow

Jalan-jalan di Pavillion, masuk sat Timberland, kononnya Daddy Jack nak tengok kasut, tapi dah ke lain pulak perginya.

Daddy Jack ternampak pulak Yellow Boot untuk toddlers and also for youth. Teruslah terberhenti lama dalam kadai nie.Bila tanya saiz kasut untuk the boys, semuanya ada pulak tu.

Daddy Jack memang dah lama idamkan Yellow Boots untuk the boys, kalau boleh dengan I sekali nak disuruh pakai Yellow Boot nie tapi I masih setia dengan Doc Mart, taknak tukar pakai Timberland.

Nak cuba kasut on Ryan, nak tak nak kenalah lepaskan diri die from stroller. Bila bukak aje the harness, terus die melompat dan berlari satu kedai tu. Dah macam anak ayam terlepas kandang aje dibuatnya.

Daddy Jack belikan Danish satu lagi boot, although Danosh dsh ada satu sebelum tapi tapi the old one mcm dah tak muat. So, better beli satu lagi tapi dengan saiz yang besar sikit la.

tRasanya penuh satu beg dah dengan kasut kami nie, hajat di hati kononnya nak balik Adelaide nak light travel aje, taknak bawak balik kotak-kotak, tapi rasanya mcm tak aje..kena juga masuk kotak nie.

Wednesday, 18 May 2011

Resepi Rahsia

Dah lama rasanya tak makan di Secret Recipe, asyik tengok dalam blog orang aje so tetiba tekak nie terasa pulak nak makan di sana, so off to Wangsa Walk aje.

Chocolate Lava, jenuh orang dah blogkan and tweetkan psl kek nie, I baru terhegeh-hegeh nak mencubanya. Lebih kurang macam Chilli's Molten Cake aje, sedap. Tapi tak bolah makan selalulah, muak sikit.

Iced Chocolate memang kegemaran kalau ke Secret Recipe nie. But I just share dengan the boys aje, sebab rasa muak sikit cos dah makan kek tadi.

Since ada 2 boys nie, so kenalah ambik 2 dish from the kids' menu. For Danish, die ambik mini burger and for Ryan, spaghetti aje pun dah okay sebab die kan suka makan mee.

Memang nampak lapar sungguh the boys sebab menunggu lama sikit untuk our order sampai. Ryan punya spaghetti yang sampai dulu, so masing-masing makan Ryan punya dululah.

Lepas makan the boys merengek-rengek nak makan kek pulak, so ambik 2 pieces of cake, Chocolate Fudge and also Chocolate Chip Walnut. Dah lama tak kek nie pun, elalu jugak bila ada birthday aje, kek Secret Recipe menjadi pilihan, tapi lama-lama muak jugak makan kek from SC nie. Tapi bagi the boys, kek adalah salah satu makanan kegemamereka, so habis licin dua pinggan kek mereka.

Monday, 16 May 2011

Special day for someone named TEACHERS

Today is a a special day for a teachers, termasuklah I walaupun dah setahun tak bergelar tenaga pengajar. Pengalaman menjadi tenaga pengajar adalah tidak semudah yang disangkakan, you diamanahkan untuk mengajar dan itu adalah salah satu tanggungjawab yang besar.Hasil didikan yang dihasilkan akan menajdikan mereka itu insan yang berguna untuk masa depan mereka.

I start my teaching days back in 2003, it all started in a small college in Taman Melawati. Dengan kemudahan yang tidak begitu memuaskan, the class environment, peralatan yang tidak mencukupi but Alhamdulillah, the students boleh menyesuaikan diri dengan keadaan itu dan mereka berjaya mengenggam sekertas bernama DIPLOMA.

Mereka-mereka ini bukanlah tidak pandai di dalam SPM sehinggakan kena masuk college yang kecil tapi demi semangat inginkan ilmu dan juga tunjuk ajar dan juga ingin meningkatkan taraf hidup, mereka tidak jemu-jemu belajar, dan juga dengan usaha mereka yang selama ini ada diantara mereka telahpun berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, bekerja sendiri ataupun makan gaji dengan pendapatan yang agak memuaskan.
Mereka masih menganggap saya sebagai guru mereka walaupun mereka telahpun beberapa tahun meninggalkan college, dah berumahtangga dan juga beranak pinak. Sehingga kini, mereka masih tetap menghubungi saya thru Facebook dan tak lupa kalau buat reunion memanggil saya. Terima kasih kepada my students from EDI or Strategy College. Kepayahan anda semua untuk belajar, memang satu kekuatan bagi saya.

Then, on 2007 I mula mengajar di UNISEL which is more tough sebab ianya bukanlah kolej yang kecil bertaraf universiti. Perception students juga berlainan daripada kolej kecil. I have take the challenge and Alhamdulillah so far tak ada masalah dengan students yang bertaraf universiti ini.

But, I think mana-mana tenaga pengajar pun akan sentiasa berhadapan dengan masalah pelajar, tak kira samada kecil ataupun besar. Kesabaran itu amatlah penting di dalam mendidik anak bangsa kita sendiri.

Mereka-mereka ini telahpun tamat pengajian mereka, ada yang telah menyambung ke peringkat diploma di UITM, USM, UPM malahan di UNISEL sendiri. Selamat berjaya wahai anak-anak muridku, semoga anda semua menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti.

As for me, I miss my teaching day's life...berkomunikasi dengan students, melihat gelagat students, melayan karenah mereka, buat exam paper, vetting dan macam-macam lagilah as my normal teaching life used to be. But, I know, I ada tanggungjawab yang lagi besar memanti untuk 2 tahun ini, menjadi suri rumahtangga kepada seorang lagi yang bergelar tenaga pengajar juga.

HAPPY TEACHER'S DAY to Daddy Jack also...walaupun you pun sama juga, dah lama tak mengajar but to me you're still a teacher to me and our boys juga. You not only a normal teacher, but a lecturer who teach a person to become a teacher, lagilah besar tanggungjawab you.

Education's purpose is to replace an empty mind with an open one. Treat the students the way you would want to be treated. They may forget what you said, But they will never forget how you made them feel.