Nuffnang Ad

Monday, 22 April 2013

MyPSA (SA) Family Fun Day - Dessert Competition

Di majlis Family Day itu juga satu acara yang julung kali diadakan, that is Dessert Competition. Disebabkan ramai juga di kalangan my Adelaide's gang yang suka masak-masak mungkin idea ini boleh dikongsikan bersama dengan membuat pertandingan. Objectif utama bukanlah nak cari siapa yang pandai buat dessert tapi nak la mengetahu bakat-bakat terpendam mereka ini.

Alhamdulillah, ada 4 orang yang sudi berkongsi dessert masing-masing yang bertemakan coklat. Sangat tempting melihatkan the decorations, mmg berbakat semua ibu-ibu di Adelaide ni. Masa mula-mula peserta sampai, perlu display kan the dessert, then bila pertengahan majlis after a few games, para tetamu boleh merasa dessert itu untuk memilih dessert yang paling sedap.

Sessi mengira undian yang dilakukan oleh para tetamu oleh auditer yang bertauliah.

Hadiah yang disediakan tidaklah mahal mana, tapi cukup untuk membuatkan para pemenang untuk meneruskan minat mereka untuk aktiviti baking seterusnya.
 

Thursday, 18 April 2013

MyPSA (SA) Family Fun Day - Activities for all

Aktivity yang dapat merapatkan hubungan antara kawan-kawan, siblings serta anak dan juga aunties disini.

Tak ketinggalan juga aktiviti bersama pasangan suami isteri. Me and Daddy Jack mulanya nak ambil bahagian tapi disebabkan ramai pasangan yang nak turut serta so kami bagi peluang yang lain untuk terlibat sama.

Masing-masing semangat nak tunjukkan kehebatan serta semangat semangat kesukanan. You all memang sporting habis and I salute you all on this !.

Macam-macam aksi dan gaya ditunjukkan. Ada yang sambil berlari dahi kepit bola, tangan mengendong anak, sungguh multitasking. 

Mujurlah tiada aksi-aksi yang tak sepatutnya berlaku di depan anak-anak ini. Semuanya sporting !!

Di kala semuanya bergembira, ada saatnya berduka. Di majlis ini juga, pihak MyPSA (SA) ada juga membuat satu sessi memberikan cek derma kepada Makcik yang baru kehilangan suaminya Om. Derma kilat yang pihak MyPSA (SA) buat untuk Makcik sekeluarga. 

Tak cukup dengan acara sukaneka, ada juga acara lucky draw untuk semua. Hadiah yang ditawarkan bukan calang-calang hadiah, Corning menjadi rebutan. AJK berhempas pulak mencari Corning merata-rata di Adelaide ini untuk diberikan kepada pemenang cabutan bertuah.

Semua kanak-kanak gembira diakhir majlis bila semuanya mendapat hadiah, tak kira yang kalah atau yang menang. Semua dapat hadiah yang sama.

Selain dari meraikan keluarga yang baru sampai di Adelaide, pihak MyPSA(SA) juga meraikan Abang Syed kembali ke Malaysia bersama isterinya Kak Yat. Bila baliknya Abang Syed, dah tak ramailah orang-orang lama di Adelaide ni. By June aje bila Kak Has balik ke Malasyia, maka tinggallah orang-orang yang baru sampai aje.

Malam ku after family day itu hanya ditemankan ini sahaja. lenguh kaki tangan berlari sana sini.
 

MyPSA (SA) Family Fun Day - Fun for all

Asyik la aktiviti makan aje yang I keluarkan bila hujung minggu kan.. so sesekali naklah jugak tunjuk we all pun ada jugak aktiviti beriadah disini.  Salah satu aktiviti persatuan MyPSA (SA) menganjurkan buat julung kalinya Family Fun Day. Sebelum ni tak pernah ada rasanya sepanjang I duduk di Adelaide ni. Family Fun Day ni bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama kami dan juga memperkenalkan family yang baru sampai ke Adelaide ni. 

Masing-masing datang dengan muka yang ceria, maklumlah bukan senang nak mengumpulkan semua ini esp yang dah final year. Masa ni sibuk nak menulis, menambah apa yang patut malahan kena buat correction sana sini. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. 
 
Sebelum bersukan, kita makanlah dulu. Aktiviti BBQ tetap tidak dilupakan. Bagi perut kenyang untuk beriadah dan bergembira dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.
 
Anak-anak yang paling gembira bila ada games disediakan. So sebelum bersukan, lepas makan kenalah buat senaman ringan sikit, legakan perut yang dah kekenyangan makan nasi dan juga macam-macam makanan lain yang dibawa oleh tetamu yang lain.
 
Acara dimulakan dengan anak-anak kecil dulu. Seronok tengok mereka berlari sambil terkedek-kedek. Ada yang separuh jalan menangis so maknya terpaksalah memujuk dengan mengacah memberikan mainan kesayangan mereka. Ohh !! Thats so funny.

Acara banyak untuk anak-anak aje, bagi mereka gembira sedikit. Anak-anak selalunya suka aktiviti macam ini. Banyak juga aktiviti yang disediakan untuk anak-anak untuk memeriahkan majlis ini.





Selain aktiviti untuk anak-anak, ada juga disediakan aktiviti untuk seisi keluarga. Masa ni yang belajar dapatlah releasekan kejap fikiran dari serabut di Uni. Seronok tengok yang family yang baru sampai beramah mesra dan berkenalan dengan yang lama. Bagi yang baru dapatlah berbagai info mengenai kehidupan di Adelaide ni , bagi yang lama dan yang akan kembali semula ke Malaysia tak lama lagi, ini merupakan satu kenangan untuk mereka. Tak mungkin dapat berkumpul lagi macam ini bila masing-masing dah balik ke Malaysia, semuanya akan sibuk kembali atas urusan kerja.

Wednesday, 17 April 2013

Sofra Kebab House

Ni antara kedai favourite we all sekeluarga, Sofra Kebab House di West Terrace. Daddy Jack suka makan kat sini. Ryan and Danish pun suka juga. I okay aje, tak memilih pun, janji bersih dan sedap.

Bila ke sini, menu ini yang akan menjadi pilihan I, Rice with Chicken. Portion memang sangat besar, ikutkan tak larat nak makan sorang, kena share.

Daddy Jack suka datang ke sini bila weekend aje sebab nak makan Lamb Shanks yang sangat lembut tu. Mmenag sedap sangat, dengan isi daging yang lembut, serta kuahnya yang masam-masam sikit. Ohhh, drooling pulak bila tengok gambar ni.

Dah dapat lamb shanks nya, makan tak menoleh kiri dan kanan dah. Makan dengan penuh perasaan dan juga nikmat.


The boys if datang ke kedai Middle East ni, asyik la minta kebab. Tak nak makan nasi. Minta wrap yang plain aje, no vege at all. Satu lagi benda yang paling disukai datang ke sini is the gelato. Bila cakap nak pergi Sofra, terus cakap nak makan gelato. Masuk kedai pun terus ke fridge di belakang tu and choose their own gelato. Ni pun lama dah tak ke sini. Weekend aje punuh dengan aktiviti makan di rumah member and Ahad pulak dengan aktiviti di padang bola.
 

Tuesday, 16 April 2013

Perginya Tok Abah kesayangan saya

Petang semalam, kira-kira dalam pukul 6 petang di Adelaide, I menerima satu perkhabaran sedih. Tok Abah kesayangan saya telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital. Inilah datuk yang paling rapat dengan I. Tok Abah ni ayah Ibu, so Ibu dah kehilangan kedua-duanya sekali.  Banyak kenangan saya bersama Tok Abah ini. Antara yang paling I tak boleh lupakan..kenangan mengajar mengaji bersama Tok Abah. Dulu Tok Abah merupakan imam dan juga ketua kampung di Kampung Bumi Hijau, Setapak. Selalu mengajar mengaji budak-budak di sekitar kampung tiap-tiap petang. Tak kiralah cucu atau tidak, bila kena marah tetap kena marah. My adik, Kak Nyah ada ceritakanserba sedikit jasa dan kenangan bersama Tok Abah.
ini Tok Abah Saya...

Anta saya naik Basikal Tua pergi Tadika Kemas Kampung Bumi Hijau. Balik Tadika,Tok Abah jemput saya.Tengahari saya tolong sikat kelimumur rambut dan cabut uban dia. Dapatlah upah 0.50sen.Petang pergi mengaji kat surau sbb Tok Abah saya Ustat.Saya pernah sekali kene rotan dalam surau sbb bergaduh dengan budak lelaki (ini kes kat sekolah lagi dah carik pasal).Sebelum maghrib saya ikut Tok Abah saya isi minyak generator sebab kitorang takde bekalan elektrik masa tu,maklumla setinggarden...Mandi petang kat perigi sebelum adanya kolah air kt dalam rumah. Kadang-kadang ada org datang rumah carik ustat sebab anak dorang degil,nangis malam,malas blaja,demam mintak Tok Abah buat air penawar.

Malam,tak cukup api generator,Tok Abah saya pam Lampu Gasoline. Kalau malam banyak kelekatu,Tok Abah Saya nyalakan lilin pastu mak letak lilin dalam talam takung air. Kalau saya kene gigit nyamuk,Tok Abah Saya sapu abu rokok kat tempat kene gigit,takmau bg rasa gatal.

Tok Abah Saya pandai bertukang. Frame Sijil Tadika saya Tok Abah yang buat,tapi frame tu dah tiada hangus masa rumah Ibu saya terbakar. Bila Tok Abah saya ketam papan,saya leka tengok dia buat kerja.Tok Abah Saya suka tunjuk cara sembelihan ayam,bile ada org mintak tolong,nanti saya kejar ayam tu sampai la tak bernyawa lagi.

Murah rezeki Tok Abah saya sebab dapat bukak kedai runcit. Apalagi Jajan,Asam dan Air Gas sentiasa saya kebas. Saya tahu Tok Abah Saya tahu saya ambil.Memang seronok bagai nak gila bile dengar pembekal-pembekal "regular" tok abah datang,masa ni la nak ngececk stok.Ah Chai & Babu adalah muka biasa yang selalu kene paw. Saya lupa nama orang yg supply ice. Tok Abah Saya ajar saya macamana nak kira duit jualan dengan cepat,bia senang nk pulangkan duit pembeli.

Tok Abah Saya suka bercerita,kalau cerita Zaman Jepun tak pernah lekang dia ingatkan saya. Dia angkat senapang lawan jepun dia juga sendiri lihat kawan dia kene pancung kepala dengan askar Jepun dalam kebun getah.Dia selalu ingatkan saya hidup kita susah masa zaman itu,awak sekarang dah senang..tapi itu semua jangan lupa (ye saya ingat abah.)

Al-Fatihah..
Menurut Ibu, Tok Abah dah seminggu tak nak makan dan minum. Dah nampak lemah sangat. Minggu lepas, Kak Cik pergi temankan Tok Abah di hospital. Ini gambarnya di hospital. Bila I tengokkan gambar ini, rasa sayu sangat sebab nampak sangat Tok Abah sedang sakit dan terlalu kurus.

Melihatkan gambar yang dihantar oleh sepupu I, Kak Teh membuatkan saya bertambah sedih. Bila wayar-wayar drip itu diletakkan sama, macam gambar arwah mak dulu.

Nurse terpaksa mengikat tangan Tok Abah di tepi katil sebab Tok Abah akan meronta untuk membuka drip tu. 


Al-fatihah buat Tok Abah kesayangan saya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Monday, 15 April 2013

Ryan version of duck face





This is Ryan's version of duck face. Entah manalah die belajar buat muka macam ni. Bila nak ambil gambar suruh senyum aje, macam-macam gaya muka dia buat, jenus suruh senyum, tak mahu. Nak buat muka lawak-lawak, katanya.
 

Training lagi

Ni lah aktiviti we all sekeluarga setiap Ahad start at 830am till 10am, duduk di padang bola. I will temankan Ryan while Daddy Jack if home game kena jadi referee on Danish's team. Sekarang ni cuaca okaylah kejap panas and sejuk tapi if winter nanti...brrrrr sejuk.

But now, team U6s ni dah ada 2 group, White and Red. Satu team hanya ada 6 orang sahaja. Ryan is in U6 Red under Coach Jon Franzin. Tapi semalam his coach tak ada, ada urusan kerja so digantikan dengan orang lain.

I love seeing the little kickers ni semua. Comel-comel aje nampak dengan keletah and suara mereka. Dalam team Ryan ni ada seorang girl, Jasmine namanya. I love her soccer boots, pink of course and jarang nampak. Selalu aje, Jasmine ni berpasangan dengan Ryan bila training as a pair.


Me, as always be a soccer mum on every Sunday morning.