Asyik la aktiviti makan aje yang I keluarkan bila hujung minggu kan.. so sesekali naklah jugak tunjuk we all pun ada jugak aktiviti beriadah disini. Salah satu aktiviti persatuan MyPSA (SA) menganjurkan buat julung kalinya Family Fun Day. Sebelum ni tak pernah ada rasanya sepanjang I duduk di Adelaide ni. Family Fun Day ni bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama kami dan juga memperkenalkan family yang baru sampai ke Adelaide ni.
Masing-masing datang dengan muka yang ceria, maklumlah bukan senang nak mengumpulkan semua ini esp yang dah final year. Masa ni sibuk nak menulis, menambah apa yang patut malahan kena buat correction sana sini. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan.
Sebelum bersukan, kita makanlah dulu. Aktiviti BBQ tetap tidak dilupakan. Bagi perut kenyang untuk beriadah dan bergembira dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.
Anak-anak yang paling gembira bila ada games disediakan. So sebelum bersukan, lepas makan kenalah buat senaman ringan sikit, legakan perut yang dah kekenyangan makan nasi dan juga macam-macam makanan lain yang dibawa oleh tetamu yang lain.
Acara dimulakan dengan anak-anak kecil dulu. Seronok tengok mereka berlari sambil terkedek-kedek. Ada yang separuh jalan menangis so maknya terpaksalah memujuk dengan mengacah memberikan mainan kesayangan mereka. Ohh !! Thats so funny.
Acara banyak untuk anak-anak aje, bagi mereka gembira sedikit. Anak-anak selalunya suka aktiviti macam ini. Banyak juga aktiviti yang disediakan untuk anak-anak untuk memeriahkan majlis ini.
Selain aktiviti untuk anak-anak, ada juga disediakan aktiviti untuk seisi keluarga. Masa ni yang belajar dapatlah releasekan kejap fikiran dari serabut di Uni. Seronok tengok yang family yang baru sampai beramah mesra dan berkenalan dengan yang lama. Bagi yang baru dapatlah berbagai info mengenai kehidupan di Adelaide ni , bagi yang lama dan yang akan kembali semula ke Malaysia tak lama lagi, ini merupakan satu kenangan untuk mereka. Tak mungkin dapat berkumpul lagi macam ini bila masing-masing dah balik ke Malaysia, semuanya akan sibuk kembali atas urusan kerja.
So much fun! Seronoknya tengok...
ReplyDeleteAyu
Deleteit is fun, dear