Nuffnang Ad

Thursday, 18 April 2013

MyPSA (SA) Family Fun Day - Activities for all

Aktivity yang dapat merapatkan hubungan antara kawan-kawan, siblings serta anak dan juga aunties disini.

Tak ketinggalan juga aktiviti bersama pasangan suami isteri. Me and Daddy Jack mulanya nak ambil bahagian tapi disebabkan ramai pasangan yang nak turut serta so kami bagi peluang yang lain untuk terlibat sama.

Masing-masing semangat nak tunjukkan kehebatan serta semangat semangat kesukanan. You all memang sporting habis and I salute you all on this !.

Macam-macam aksi dan gaya ditunjukkan. Ada yang sambil berlari dahi kepit bola, tangan mengendong anak, sungguh multitasking. 

Mujurlah tiada aksi-aksi yang tak sepatutnya berlaku di depan anak-anak ini. Semuanya sporting !!

Di kala semuanya bergembira, ada saatnya berduka. Di majlis ini juga, pihak MyPSA (SA) ada juga membuat satu sessi memberikan cek derma kepada Makcik yang baru kehilangan suaminya Om. Derma kilat yang pihak MyPSA (SA) buat untuk Makcik sekeluarga. 

Tak cukup dengan acara sukaneka, ada juga acara lucky draw untuk semua. Hadiah yang ditawarkan bukan calang-calang hadiah, Corning menjadi rebutan. AJK berhempas pulak mencari Corning merata-rata di Adelaide ini untuk diberikan kepada pemenang cabutan bertuah.

Semua kanak-kanak gembira diakhir majlis bila semuanya mendapat hadiah, tak kira yang kalah atau yang menang. Semua dapat hadiah yang sama.

Selain dari meraikan keluarga yang baru sampai di Adelaide, pihak MyPSA(SA) juga meraikan Abang Syed kembali ke Malaysia bersama isterinya Kak Yat. Bila baliknya Abang Syed, dah tak ramailah orang-orang lama di Adelaide ni. By June aje bila Kak Has balik ke Malasyia, maka tinggallah orang-orang yang baru sampai aje.

Malam ku after family day itu hanya ditemankan ini sahaja. lenguh kaki tangan berlari sana sini.
 

No comments:

Post a Comment