Nuffnang Ad

Tuesday, 30 April 2013

Mission accomplished !

We all balik ke Malaysia kali ini ada 2 mission. Satu mission telah selesai semelam. Sabtu pagi tu we all ada appoinment dengan Dr di Ampang Puteri berkenaan dengan situasi Ryan yang selama ni mengadu sakit pada birdy die. Since di Adelaide lagi, sakitnya on and off aje. Sebelum jumpa Dr at 9am, sempatlah breakfast di NZ dulu.

Hari sampai order Maggi Goreng, kali kedua pergi pun Maggi Goreng jugak, candu apalah yang mamak ni letak dlm maggi tu gamaknya.

Appointment with Dr Wan Usama, pediatric surgeon at 9 am tapi biasalah Dr akan round pusing tengok his patient dulu so dalam pukul 10 baru dapat jumpa Dr. Sebelum ni masa kes Danish pun Dr Wan yang uruskan tapi tak pernah berjumpa dengannya sebab semuanya we all buat thru email aje, even appointment and surgery punya surat menyurat semua guna internet cos masa Danish tu kena masa bulan Ramadhan, lagi beberapa hari nak raya so Dr Wan dah bercuti. After a few discussion, Ryan perlu menjalani surgery, tapi bukan dengan Dr Wan, dengan Dr Mohamad cos Dr Wan ada another surgery at Tawakal. 

So, semalam at 730am, we all bersiap-siap untuk ke Ampang Puteri cos the admission at 8am tapi disebabkan jam so we all sampai agak lambat around 830am, terus bergegas ke Admission untuk sessi pendaftaran.

 Hai, dulu bersalin kat sini, la ni bawa anak-anak bersunat pulak kat sini.

Semasa menunggu pendaftaran, sempatlah bergambar bersama sambil bagi Ryan leka main telefon. Dia kan berpuasa so taknak la die mengadu lapar atau nak susu.

 Admission selesai, bayar some fees then staff APSH bawa ke day ward surgery.

Dalam dayward tak ramai pesakit yang lain, cuma we all aje. Our turn yang kedua, cos ada patient lain tgh buat surgery. Lama tak lama jugaklah we all menunggu kat katil tu, nearly an hour jugak sampaikan tengok ramai yang keluar from OT, even newborn.

Dah makin lama, dah bosan. Mulalah melompat atas katil, ke toilet beberapa kali dan sempatlah main berlari-lari kejap.
 

Bila tiba masanya, me and Ryan bersiap sedia untuk masuk ke OT. Masa tu dah agak diam kejap, rasa lembik aje Ryan berjalan menuju ke bilik itu.
 
Masuk dalam OT room, semuanya dah tersedia, naik atas katil, nurse pun pasangkan semua wayar and dah bersedia untuk memulakan prosedure.

Masa ni Dr Mohamad belum sampai cuma ada Dr untuk bius, I pun tak ingat namanya tapi die yang ajar Ryan mengucap, then memberikan gas, masa ni Ryan agak tak selesa so meronta--ronta like 5 minutes then terus tidur. Sebak juga bila Dr cakap, "Puan boleh cium Ryan, then tunggu diluar yer, Insyallah semuanya okay"

 Since we all pun tak makan pagi, terpaksa bergilir-gilir untuk makan tapi tak lalau nak makan walaupun depan mata nampak sedap aje. Makan sekadar alas perut then terus tunggu balik.

Dalam 30 minutes menunggu akhirnya Ryan keluar from OT terus ke Recovery Room dimana kena rehat sebentar sebelum dikejutkan. Ingatkan okay lepas bangun tu mcm Danish dulu tapi lepas aje Ryan sedar, terus die meronta-ronta menangis dan terus menangis sampai ke Dayward. I terpaksa naik atas katil tu untuk pujuk tidur disebelahnya. Dia menangis menahan kesakitan.

Dekat sejam jugaklah menangis dan meronta-ronta kesakitan, puas suruh pujuk untuk tidur tapi tak nak, sakit dan sakit katanya. Akhirnya after letih menangis tu, tertidur kejap. Lepas bangun tu dah okay sikit baru bagi susu.

Tak lama lepas tu, we all bersiap-siap untuk balik ke rumah inlaw di Keramat since Ibu tak ada di Melawati. Rayyan tak berani nak berjalan so kena tolak gunakan wheelchair.

Im a big boy now. Ayat pertama after keluar hospital "Bila Ryan boleh main bola, Mummy?"...hmmm tunggu la lagi 2-3 hari so hopefully semuanya okay. And hari ini, Ryan dah okay sikit cuma malam tadi tidurnya agak terganggu sikit sebab mungkin tak selesa tidur berkain pelekat.
 

8 comments:

  1. Dah bersunat ya...semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kniedaz, tengah recovering and Alhamdulillah dah beransur sembuh

      Delete
  2. hehe nmpk muka die da cuak..anyway sy br je jumpa page ni..terus terpikat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. intandayani
      Mula-mula tu seronok tak ingat, bila dah berjalan masuk OT mmg nampak cuak sangat muka die, pucat lesi. ALhamdulillah semuanya dah selamat. Thanks sudi singgah

      Delete
  3. maaf sy ni silent reader puan, rayyan kena phimosis ke? both my sons kena phimosis. the eldest masa 2 yrs old and bila sunat tu kena g.a. bila dh sedar mmg la jerit nangis nya sebab ubat bius dah wear off. the second son tu masa umur 4 bln we all suruh peads check birdie dia and sama je mcm abangnya. but this time kira procedure hit and run je sebab guna clamp. after that jenuh gak my hubby nak explain to them why their birdies beza dgn their peers. bila primary school my hubby siap lukis gambar before and after. since dh belajar sembahyang they understand the advantages of bersunat awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Anon, terima kasih sebab sudi singgah blog saya ni. Both anak saya mmg kena phimosis. Yang sulung umur 6 tahun and now Ryan is only 4 yo. Pulak tu dua-dua mengadu sakit masa di Adelaide tu yang balik Malaysia terus buat cos takut di Adelaide ni mcm rare cases pulak circumcision ni kan.

      Delete
  4. yeay dah besar dah... teringat masa sunatkan Ashraff.. beberapa malam jugak lah dia tido tak pakai seluar..kain gantung since katil double decker.
    Rayyan's turn lagi 2,3,4,5,6 tahun kot... mama dia yang seriau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sawanila
      At aleast Ashraff nak jugak pakai kain gantung, Rayyan tido kain gantung entah ke mana..tahu-tahu bangun pagi dah bogel aje.

      Delete