Nuffnang Ad

Thursday, 25 April 2013

Day trip to Greenhill Adventure Park, Victor Harbour Part 2

Sementara Daddy Jack melayan Danish kat Archery site, I pun bawa Ryan ke mini golf site. Ryan suka aje main golf ni, main tolak aje bola aje, no rules pada Ryan. I pun melayan ajelah. 

Bila cuaca dah tak hujan, barulah Waveslides ni dibuka kepada umum. Sebelum tu ditutup sebab slide basah, so takut jadi apa-apa kejadian yang tak diingini so ditutup dulu. After pekerja membersihkan air barulah emua boleh gunakan dengan sukaria.

No limitation, mainlah sepuas-puas yang mahu. Budak kecil yang berani pun boleh aje. Mcaam Ryan mulanya agak takut tapi lama-lama die pun naik sendiri aje, tak perlu berteman. Mak ayah pun boleh aje join sekali, tak jadi hal.

Dah habis explore yang free, so nak main yang berbayar pulak. Tiket pun bukannya mahal sangat. Ikut rules 20 minutes for AUD2.50 tapi rasanya jenuhlah menunggu Ryan and Danish main kereta electric ni.

Daddy Jack dah berangan nak main go kart lama dah so sini dapatlah merasa kejap. Bayaran yang dikenakan hanyalah AUD10 sahaja, tak ingat berapa lama boleh main tapi nampak semuanya seronok aje.

Ada juga disediakan aktiviti bersukan yang lain like basketball dan juga volleyball. Bola juga disediakan. Kat belakang tu ada juga disediakan padang golf, so kepada yang minat main golf boleh aje sewa kayu golf and test skills masing-masing.

We all lepak sini sampai petang, dari tempat ni dibuka sampailah nak dekat tutup masih berada didalam ni. Tak terasa masa beredar dengan cepat after mencuba bermacam-macam aktiviti yang disediakan didalam ini. Dah petang mulalah mencari minuman panas dan some light meal cos cuaca pun dah sejuk balik. Banyak juga cafe yang disediakan di dalam ini tapi since kita lama dalam ni so bawak mcm-mcm jenis makanan. Kalau berkesempatan datang lagi, bolehlah nak berBBQ di dalam ini cos ada aje disediakan BBQ pit. For the teatime, we makan chocolate cake with ice cream and also Devonshire tea. Scones agak mengecewakan compare to yang I pernah makan di Adelaide Hills dulu tapi tak tahulah bilalah nak dapat makan lagi.

Bila dah nak balik tu, sempatlah juga main Giant Maze yang disediakan berhampiran dengan pintu keluar tu. Jenuh juga mencari jalan keluar, sampaikan berpusing-pusing semuanya.

Sementara membuang masa tu, sempatlah the kids main playground dulu sementara menunggu nak balik.

No comments:

Post a Comment