Nuffnang Ad

Wednesday, 24 April 2013

A day trip to Greenhil Adventure Park, Victor Harbour

We all plan nak kesini dah lama after perasan ada offer di belakang docket grocery yang selalu dibeli. Offer buy one and free one mmg sangat menarik, rasanya kalau tak kerana offer tu mungkin kami tak ke sini sebab harga masuk mmg agak mahal. Perjalanan bermula seawal pagi, lebih kurang 930am sebab nak ke Victor Harbour bukannya dekat, dalam sejam perjalanan from my house. Lagipun nak gerak awal sikit so tak perlu berebut-berebut since cuti panjang. Mulanya cuaca macam agak mendung dan nak hujan tapi lama-lama nampak cantik di sepanjang pemandangan disana.

Yeah, finally sampai juga we all ke Greenhill Adventure Park di Victor Harbour ni, tapi sayangnya hanya 3 keluarga aje yang dapat mengikuti our first day trip ini, keluarga yang lain ada tak dapat turut serta cos ada komitmen yang lain. Tempat yang memang best untuk seisi keluarga especially yang ada anak-anak yang sukakan adventure ni. Tempat pun bersih, terjaga dengan elok serta banyak shades untuk berpicnic. Kebetulan masa we all datang ni, ada a fews keluarga yang membuat family day disini so agak penuh but still terkawal jugak.

Ohhh dah lama tak naik boat mcm ni, last naik dulu masa kecik-kecik Ibu bawa ke Lake Garden. Ni first time bawa the boys naik boat ni, so macam agak panik jugak, takut terjun dlm laut pulak.

All the rides dalam ni adalah free kecuali electrical cars and also go kart. so mmg main sampai puas. Mengah jugak nak mengayuh basikal ni, tersemput-semput dibuatnya.

Seronoklah tengok muka Kak Zack dan juga Faisal yang masing-masing tengah belajar ni, sesekali dapat release stress dan memikirkan hal uni. Dapat lepak mcm ni membuatkan hilanglah sikit rasa stress itu.

Masa kami sampai disini, adalah hujan kejap, mujurlah we all dah letakkan all the makanan ditempat yang berbumbung so tak perlu risau sangat. Dah namanya orang Melayu kan, if nak kemana-mana berjalan jauh samada berkelah atau berjalan-jalan makanan sure banyak sampai penuh meja. Ada nasi lemak, nasi putih, kari ayam, ayam bbq, jagung rebus, sandwich dan beberapa makanan lain. Air jangan cakaplah ada yang panas dan ada yang sejuk. Bayangkan ini hanya 3 keluarga, kalau ada keluarga yang yng lain, nampaknya kenyang makan ajelah kami.

Ini yang dinanti-nantikan oleh budak-budak ni semua. Masa makan pun tak senang asyik tanya bila nak main water slide, padahal sejuk and hujan. Tapi dah namanya kids kan, mana nak larang so pergilah main dalam sejuk-sejuk tu.

Mat salleh pun tak tahan nak main waterslide tu dalam hujan-hujan, tapi anak melayu mmg berani walaupun dah mengigil semuanya.

Then the boys nak mencuba Flying Fox pulak. Masa ni dah ramai sikit sebab hujan pun dah berhenti then dah agak panas sikit.

Masing-masing tak sabar nak tunggu session untuk Archery ni yang dibuka at 1pm. Tapi kena tunggu agak lama sikit cos dah ramai orang yang beratur menunggu. Hanya Daddy and Danish aje yang tunggu, I bawa Ryan naik train ke tempat lain pulak.
 

2 comments:

  1. budak2 lah yg paling seronok ye gina..lagi ada pool..

    part makanan tu pun besh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu Kak Atty, budak-budak mana pikir lain, sernok ajelah. Makanan mmg banyak kak, sampai petang menghabiskan bekalan aje

      Delete