Ni antara kedai favourite we all sekeluarga, Sofra Kebab House di West Terrace. Daddy Jack suka makan kat sini. Ryan and Danish pun suka juga. I okay aje, tak memilih pun, janji bersih dan sedap.
Bila ke sini, menu ini yang akan menjadi pilihan I, Rice with Chicken. Portion memang sangat besar, ikutkan tak larat nak makan sorang, kena share.
Daddy Jack suka datang ke sini bila weekend aje sebab nak makan Lamb Shanks yang sangat lembut tu. Mmenag sedap sangat, dengan isi daging yang lembut, serta kuahnya yang masam-masam sikit. Ohhh, drooling pulak bila tengok gambar ni.
Dah dapat lamb shanks nya, makan tak menoleh kiri dan kanan dah. Makan dengan penuh perasaan dan juga nikmat.
The boys if datang ke kedai Middle East ni, asyik la minta kebab. Tak nak makan nasi. Minta wrap yang plain aje, no vege at all. Satu lagi benda yang paling disukai datang ke sini is the gelato. Bila cakap nak pergi Sofra, terus cakap nak makan gelato. Masuk kedai pun terus ke fridge di belakang tu and choose their own gelato. Ni pun lama dah tak ke sini. Weekend aje punuh dengan aktiviti makan di rumah member and Ahad pulak dengan aktiviti di padang bola.
sedapnya nasi tu
ReplyDeleteKniedaz
DeleteYes, mmg sedap sangat-sangat