Nuffnang Ad

Monday 21 June 2010

Perihal Sampah

Masa masuk rumah nie dulu, memang dah tersedia 2 tong sampah yang besar untuk setiap rumah. Tong-tong sampah nie disediakan oleh City Council of Campbelltown, mcm ala-ala majlis perbandaran sini lah. So, setiap rumah dibekalkan dengan 2 tong sampah. Kira macam standard la, tak macam Malaysia, kan..ada rumah tong sampahnya kecil, besar, pastu kotor dan macam-macam lagilah. Tong warna kuning tu untuk barangan yang boleh recycle like papers, bottles and others and the blue for domestic used like sisa makanan dan pepejal.

Untuk my area, the garbage collection is on Monday so setiap Ahad, dalam pukul 6, tong-tong sampah kena diletakkan di tepi jalan. Sampah selalunya dikutip dalam pukul 8 pagi. Yer !!! house owner kena letakkan sendiri di tepi jalan. Untuk tong biru, kutipannya adalah setiap minggu and the tong kuning is twice a months. Yer la, barang-barang recycle tak banyak, so tak perlulah tiap-tiap minggu, kan lagipun tak busuk mcm domestic ones.

Sure you all tertanya-tanya...kenapalah pulak tuan rumah kena letakkan kat tepi jalan ? Sini konsep angkut sampah tak sama macam Malaysia yer...ada orang yang kutip then masukkan dalam lori sampah. Sini, lori tu yang akan angkut dan masukkan dalam lori sendiri secara automatik.

Itulah lori sampahnya. Nampak bersih aje, kan. Well, bayangkan tugas mengangkut sampah nie hanya dilakukan oleh seorang sahaja, iaitu pemandu lori sampah. I wish that the system boleh digunakan di Malaysia. But after a while, I think that maybe not sebabnya jalan-jalan di kawasan perumahan terlalu ada yang kecil, so tak muat untuk lori sampah masuk. then, macam mana pulak dengan orang yang duduk rumah flat? Hmmm buat apa yang I think that we should do is for those garbage collector tu kenalah berhati-hati untuk mengaut all the sampah. As far as Im concern here, bila ada lori sampah, memang tak ada satu bau busuk pun padahal kutip sampah seminggu sekali. Kalau Malaysia, 3 kali seminggu. Kadang-kadang tu, bila aje time lori sampah datang, habis berbau satu rumah sampai adakalanya kiter rasa macam nak termuntah, pastu belum kes orang-orang angkat sampah yang bertaburan sampah, tak dikutipnya...then habis busuk satu jalan.

3 comments:

  1. nampak systematic betul kan!!

    ReplyDelete
  2. pasal busuk sgt setuju..memang saya pun pernah terfikir cara2 yang boleh digunakan oleh majlis perbandaran di mesia ni bila nak angkut sampah..hmm..tapi, tula, tak praktikal nak diamalkan kat mesia...

    ReplyDelete