Nuffnang Ad

Saturday 20 November 2010

Beli dah siap aje

I like sambal, tak kisah ler sambal aper pun samada sambal tempoyak ataupun sambal belacan, but Daddy Jack kurang sikit makan pedas nie. Kalau kat sini, nak membuat sambal belacan dalam portion yang sikit, terasa la ruginya..lagipun rasa nya tak sedap, paling sedap, buat-buat, pastu makan..tak payah nak simpan-simpan lagi.

Kak Azie telah memperkenalkan sambal oelek nie. Macam ala-ala sambal belacan jugak and memang sedap. Kena dengan my selera. Menurut Kak Azie, Abang Azul yang mula makan sambal nie semasa die datang sorang dulu...katanya, kos untuk membuat semangkuk sambal belacan kat sini mahal, so baik beli dah siap...and its true..cili merah sini mahal sangat ler...setakat nak makan sorang, okay la nie. Dicicah dengan timun ataupun salad, itupun dah terangkat dah.

1 comment:

  1. Ada sambal baru lengkap makan kita.. Sama dgn hubby akak.. Tak kenyang katanya makan tanpa sambal..

    ReplyDelete