Nuffnang Ad

Wednesday 16 March 2011

Grand Reception

Majlis resepsi berlangusng di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di Kuantan pada sebelah malam Jumaat, 28 Januari 2011. Kebetulan pulak, rumah my Pak Teh bersebelahan dewan so we all lepak rumah die untuk persiapan diri dan juga tempat untuk berehat sebentar sebelum acara bermula.

Ibu pengantin kenalah lawa sikit sebab nak menyambut para tetamu dan juga tetamu kehormat.

Pengantin dispakan lebih awal dan rasanya agak lama sikit sebab banyak benda nak kena touch up. So far, we all dah gunakan 2 kali perkhidmatan wedding planner nie, so far Alhamdulillah, semuanya cantik-cantik sangat they all punya hasil pelamin dan juga kerja pun teliti. Psl bayaran, biarlah rahsia.

Adik and kakak pengantin pun dapat free make up. I pun apa lagi, tadah ajelah muka I nie kan.

Selepas siap semuanya, we all adik beradik diminta berkumpul di ruang utama untuk menyambut ketibaan para tetamu. Ramai juga yang datang, sampai haus tangan rasanya bersalam.


My sister, Kak Nyah terpaksa datang seorang dulu cos husbandnya kerja so masa majlis nie masih on the way nak ke majlis ini.




Pengantin yang diraikan

Masa nie berjumpa dengan my aunty..instead od bertanyakana khabar they all, mereka pulak yang tanya khabar me and my family. Sejak balik Kuantan, mmg belum jumpa they all lagi.

Hannan mengetuai perarakan masuk pengantin ke dalam dewan

My sister, Rozeeta pun sama. Both of them menjadi pengapit kepada pengantin

Sayangnya banyak gambar yang agak gegar, hopefully the official photographer akan bagi album gambar dengan segera.

Gadis-gadis pengiring yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk tugasan di atas pentas.

Kombinasi warna yang sangat cantik. Purple and cream..even my baju untuk majlis nie pun cantik warnanya. Thanks to Ayah and Ibu yang sponsorkan semuanya.

Kami adik beradik duduk betul-betul di bahagian hadapan pentas. So senanglah kan, ada anak-anak kecil so tak menghalang mereka nak tengok pengantin, sambil tu nak berguling atau berlari ke sana ke mari pun tak ada yang menghalangnya.


Doorgift yang ada home made cuppies and made my Ibu herself.


Me and my Kak Teh, sempat lagi nak bergossip

Percubaan Danish untuk mengambil gambar me and Daddy Jack. Tahap bosan dah la tu. Mujur ada camera, so Danish will snap everything that he likes.

Semuanya dah berdiri bila ketibaan tetamu kehormat..hmm siapakah itu ?

Dah 3 kali Sultan Pahang mencemar duli untuk ke majlis perkahwinan my sister, dan 3 kali juga tanpa Sultanahnya.

Tengku Mahkota Pahang dan juga Tengku Puan Pahang pun turut sama. Tengku Puan Pahang nie punya kulit, macam telur rebus, putih dan licin sangat.

MB Pahang dan isteri serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Dato' Ismail Sabri pun ada juga.

Ibu bapa kedua-dua belah pengantin bergambar bersama




Majlis di serikan dengan persembahan kebudaan daripada SUK Pahang dengan diiringi dengan bandnya sekali.

Budak lelaki baju hitam tu, dah banyak kali masuk pertandingan menyanyi kat TV, kalau tak silap namanya Emir ker apa tah.


Ayah memberikan ucapan sembah kepada Tuanku dan juga penghargaan kepada para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis.


Budak-budak menjadi semakin tak terkawal, yer la, mana mereka nak duduk diam ajekan, penat jugak so ada yang dah sampai terbaring kat carpet, main sana-sini



We all sekali lagi kena beratur di luar dewan untuk mengucapkan selamat jalan kepada para tetamu.





Daddy Jack pun tiba-tiba terasa lapar, masa orang makan tadi, dia dok menjaga Ryan supaya tak naik tangga ke pelamin, nasib baiklah orang tu tak kemaskan meja lagi.



Gambar preview untuk keluarga, Ayah entah ke mana, maybe sibuk melayan tetamu. Bila Ayah dah ada, my kamera pulak habis batterynya.

My family with pengantin

5 comments:

  1. meriah majlisnya ..ada sultan pahang..

    gina ..canteknya baju gina..

    ReplyDelete
  2. seronok bila keluarga dpt berkumpul time kenduri ni..

    ReplyDelete
  3. Kak Ty
    Dah 3 kali majlis kahwin die ada kak, but he's okay..taklah menyombong pun

    Eliss
    Mmg seronok, tambah seronok bila Gina dah lama tak berjumpa/berkumpul mcm tu

    ReplyDelete
  4. cantiknye pelamin tu...
    dah follow you... follow me back ye..

    ReplyDelete
  5. Wah!! ada sultan tu..Ke mana menghilangnya sultanah tu..

    ReplyDelete