Nuffnang Ad

Thursday 17 March 2011

Kerja..Kerja

Masa preparation untuk reception rumah pulak, hujan turun dengan lebatnya...sejuk aje. Hmm tempat khemah dah berlecak and penuh dengan air aje. Apa nak buat kalau hujan lebat macam nie..nak keluar ke bandar, mcm malas aje...

Ohhh, rupanya orang di bawah khemah sedang menyediakan sup tulang..ohhh memang terbaiklah kan makan di waktu hujan-hujan nie. Makan dengan nasi mmg terangkat.

So, bila dah siap, they all hantar ke rumah satu periuk, siap dengan sambal kicap, limau dan juga nasi putih. Aduiiii aii, memang sedap la tu. Hmm waktu menaip entry nie terasa kecurnya.

Apa lagi, berebut-rebut la nak merasa kesedapan sup tulang nie, sebab lembu tu baru dilapah, so mmg terasa lembut sangat daging and sedapnya sup itu. Nak ambik sup pun nak kena beratur.

Kalau dah namanya kenduri, mmg tak sahlah kalau jenis makan bersepah-sepah nie especially bila ada budak kecik, alas dengan suratkhabar aje. We all pulak semuanya makan ala buffet sebab dah tak tahu nak makan kat mana, semua penjuru rumah penuh dengan segala macam persiapan.

Kan I dah cakap, semua ruang dalam rumah nie dah penuh, dengan barang dan juga barang-barang perkahwinan. Lagipun dengan makan berterabur macam nie, lagi meriah rasanya, hingar bingar dan barulah rasa macam ada kenduri kendara, kan.


Kalau tak silap I, masa nie kebetulan ada game bola live kat tv, bolasepak Malaysia rasanya tapi I tak ingat negeri mana yang main. Tu yang semua peminat bola conquer TV.

Yang bukan peminat bola, duduk berlonggok aa, bukak sembang


Kebetulan pulak, Hannan tengah dok mencuba membuat chocolate souffle so dipaksanya we all merasa. Tengoklah tukang rasanya, gelojoh aje, kan.

Selepas perut penuh, sambung balik kerja-kerja memasukkan bunga telur ke dalam goodie bag. Sungguh productive pekerja-pekerja ini. Tak payah nak disuruh, tahu aje apa yang nak dibuat.

Memang semuanya bekerja keras untuk majlis perkahwinan my sister nie. Terima kasih di atas pertolongan from my cousins, aunties and uncles.

1 comment:

  1. Tak sempat2 nak jengah umah Gina since balik cuti dan internett slow gegila. Nnt akak nak buat review bali since the wedding nak mula..

    Anyway belum sempat nak buat N3 sal gifts yang suka gile tu.. Really terima kasih kat Gina yang susah2 bagi mcm2 kat akak. Insyallah ada kesempatan kita pAsti jumpa kan.

    ReplyDelete