Nuffnang Ad

Saturday 12 March 2011

Majlis Akad Nikah

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Bukit Rangin. Buat majlis nikah kahwin nie ada orang kata afdal buat di masjid untuk mengelakkan segala hal-hal yang tak sepatutnya seperti sihir dan juga ilmu hitam yang anak menganggu perjalanan majlis.

Lagipun senang juga buat kat masjid sebab ruangnya yang luas, so kalau dalam rumah berhimpit-himpit kepanasan so semua rasa tak selesa. Lagipun, berada dalam masjid memang lapang la jiwa nie kan especially untuk bakal pengantin yang dug dag, dug dag tu.


Tepat aje masanya, acara pun bermula di mana Ayah yang menjadi wali dan menikahkan Didi.



Danish and Ryan menjadi pemerhati setia

Danish pernah cakap "Mummy, geramlah tgk rambut Ryan, macam Maggi aje" hahahahaha

Ayah menjalankan tanggungjawabnya menjadi juru nikah kepada pengantin lelaki.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja, Norshaari Nordin telah selamat menjadi menantu keempat kepada Ayah dan Ibu.

Selepas selesai semuanya, para hadirin menjamu selera di luar masjid

Si kerinting nie pun turut sama sibuknya

Para tetamu dihidangkan dengan kuih muih serta makanan kegemaran ramai di dalam keluarga I, Laksa Pahang.

Jarang we all dapat bergambar sekeluarga macam nie, kat tangga masjid pun jadi jugaklah, daripada tak ada. Kalau tak, sorang ke tempat lain, sorang sana. Susah dibuatnya.

Danish and Ryan kan suka sangat dengan all types of mee, so bila dihidangkan laksa nie memang sukalah kan.

Ni la rupanya Laksa Pahang, rasanya macam campuran Laksa Johor dan juga Laksam.. tak kisahlah apa pun, janji sedap. Memang plan, balik Kuantan nak buat, tapi since sibuk dengan kenduri, nasib baiklah Ayah order aje from the caterer, merasalah jugak tekak nie.

Seronok jugak sesekali makan di masjid macam nie kan. Makan ramai-ramai pulak tu, Duduk di luar terasa sejuk aje.


Hidangan yang masih berbaki akan dihantar ke rumah pulak. Yippee !!!! so bolehlah sambung makan sepuas-puasnya. Malulah makan banyak-banyak kat masjid, sikit-sikit sudah ler.

Para tetamu yang hadir memeriahkan majlis, kebanyakan saudara mara sebab majlis nie dibuat on Khamis.



Kesian pengantin zaman sekarang nie yer, mcm kena dera dengan photographer, tapi photographer ekarang okay, dok main shoot candid aje, tak payah nak suruh posing sana-sini.

Bergambar beramai-ramai di depan tangga masjid..Omg, masa I tengok gambar nie, baru terperasan, meriahnya baju kami sekeluarga, paling menyerlah sungguh.

4 comments:

  1. selamat pengantin baru to your sis!

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru utk didi..

    menyelerakan betui laksa pahang.lom penah lagi makan

    ReplyDelete
  3. Liza
    Thanks, entry nie pun dah basi..heheheh

    Kak Ty
    Nanti bila Gina balik Malaysia, buat jamuan laksa pahang, will invite Kak Ty yer

    ReplyDelete
  4. Laksa Pahang gabungan laksa johor?? u mean pakai speghtti?? mcm teringin lak..

    ReplyDelete