Nuffnang Ad

Thursday 10 March 2011

Majlis berkhatam Al-Quran

Sebelum majlis pernikahan, majlis khatam Quran dibuat di waktu paginya. Pukul 10 tepat, semua warga wanita di sekitan taman perumahan telahpun datang ke rumah. At first, tak terpikir pun nak menyediakan sarapan pagi, tapi Ayah insist to buat jugak so kena belilah jawabnya. I yang ditugaskan memikul tanggungjawab untuk menyediakan sarapan pagi bergegas la ke kedai untuk membeli kuih. Mujurlah dalam pukul 9 pagi tu, kuih mmg masih ada lagi, so borong la semuannya. Sampaikan makcik jual kuih tu pun heran, kenapa beli banyak sangat, bila cakap kenduri kepada Ayah, makcik tu terus bertanya..."Hmmm esok ada kenduri lagi tak ?" heheheheh...yer la..dalam sekelip mata, kuih terus habis, siapa tak nak kan.

Sementara menanti jamuan ringan di sediakan, para tetamu duduk bersembang dulu. Lagipun belum ramai yang datang, so tuan rumah bolehlah meneydiakan apa-apa yang patut.

When everthing dah settle, para tetamu dijemput untuk minum pagi dulu padahal dah pukul 10 pagi la kan, tapi tak aperlah...dah disediakan, so kita ambik berkat tuan rumah. Alhamdulillah, kuih muih yang dibeli tiada berbaki, semua habis.


Tepat pada masanya, majlis khatam Al-Quran pun bermula. Alhamdulillah, hadirin pun ramai yang sudi memeriahkan majlis ini.

Didi pun berjaya membaca Al-Quran dengan penuh tertib dan juga lancar.

Selesai majlis, para tetamu diberikan doorgift berupa buku doa harian dan juga minyak atar yang Ibu beli khas dari Mekah masa menunaikan haji dulu.

Tak lama selepas majlis tamat, pihak katering telah menyediakan hidangan makan tengahri yang simple tapi sedap sangat.Since majlis nie dibuat hari Khamis, so ramai ibu-ibu yang dah pulang tanpa menjamah hidangan tengahri sebab nak berkejar untuk menyambut anak balik sekolah ataupun nak menyediakan hidangan tengahri di rumah pulak, so lauk pauk banyak yang berlebih.

Lauk pauk yang simple, and yet menyelerakan. Tak perlu lavish sangat, just macam nie pun dah cukup.

Alhamdullilah, majlis pertama telahpun berakhir, so now nak bersiap-siap untuk majlis akad nikah pulak.

3 comments:

  1. malay wedding mmg best kan, penuh dgn event and adat

    ReplyDelete
  2. betui tu janji makanan tu sedap..org makan pun kenyang.

    ReplyDelete
  3. best betul ye org yang bertanggung jawab menyediakan breakfast tu.. Suka penjual kuih..

    ReplyDelete