Nuffnang Ad

Thursday 17 March 2011

Pelamin Impian

Cantik tak pelamin Didi ? Cantik, kan. Sure ada yang tanya siapa yang buat, berapa kosnya dan macam-macam lagilah...well, percaya tak, kalau I cakap, pelamin nie dibuat, direka dan dipasang oleh pengantin sendiri ? Tak percaya ....

I terlupa nak ambil gambar masa depa duk berpulun memyediakan pelamin sebab tengah sibuk melahap sup tulang sambil borak-borak, gelak kuat-kuat kat dalam rumah, kan. Rupanya pengantin dok kat luar tgh siapkan pelamin idaman.

Actually, Didi and Oyea nie ada buat kerja partime as a wedding planner, since mereka berdua di kalangan org artistik, kan (Didi major in shoe and fashion design, while Oyea pulak in Industrial Design) so depa gunakanlah segala ilmu yang ada untuk membuat duit lebih sikit. Alhamdulillah, dapat banyak juga tempahan pelamin dan juga apa sahaja yang melibatkan wedding nie.

Kerusi yang besar gedabak nie pun mereka beli..tak ada pinjam-pinjam yer. Even the deco, pentas dan lighting. Oyea tu nak buat bisnes sampaikan sanggup beli lori kecil untuk memudahkannya mengangkat barang-barang pelamin yang telah ditempah. Semoga business mereka majulah hendaknya.

Malam tu jugak, lepas dah siapkan pelain, pengantin memaksa adik beradiknya untuk bergambar dengan mood malam. Tak semena-menalah kami ikut jugak kehendak pengantin. Tapi semua muka tak touch apa bagai, berselemus aje.

Kak Nyah as usual, berseorangan cos Ikram kena balik sekejap, ada hal but akan datang balik keesokan harinya. Ala, bukannya jauh, Kuantan-KL hanya dalam 3 jam saja. Mujur ada Highway LPT.

Kami pun kena paksa juga bergambar dengan baju oren nie..puaslah I nak mencari tudung yang matching, terjumpa kat my aunty punya beg, sebatlah sekejap.

After Didi dah kahwin, tinggal lah 2 orang aje adik I yang belum berkahwin, Rozeeta and Hannan. Bila bergambar macam nie, dah rasa macam patung kat Kamdar aje ghopernya.

My siblings..bergambar tanpa Ayah and Ibu. Ayah busy dok melayan pekerja-pekerja di bawah khemah and Ibu pun sama juga, membuat beberapa persiapan terakhir untuk majlis persandingan di rumah pulak.

6 comments:

  1. whaaa cantiknye pelamin... hehe nnt sy kawen leh laa suh dorg designkan :P

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat deko sendiri pelamin idaman :)

    ReplyDelete
  3. cantik baju oren gina.

    semoga bisnes diaorg bertambah maju ye.amin

    ReplyDelete
  4. Cantiknya pelamiiiiinnnnn!!

    ReplyDelete
  5. cntinyer plmin...deco yg mnrik...

    ReplyDelete
  6. Cantiklah pelamin tu.. Wedding planner tu biz yg bagus right now.. Masyuk tu..

    ReplyDelete