Nuffnang Ad

Friday 18 March 2011

Penyediaan makanan

Hari kenduri di rumah pun tiba, pagi-pagi lagi dah meriah dengan suasana hingar bingar dalam dan luar rumah. Orang tak putus-putus keluar masuk rumah, ambik apa sahaja yang tak cukup. Hamper nie untuk cabutan bertuah. We all mulakan tradisi cabutan bertuah nie since Kak Nyah's wedding. Tapi masa Kak Nyah tu, keluarga pun boleh turut serta tapi yang kali nie punya, hmm haram...

Makcik-makcik sibuk menyediakan kelapa goreng untuk kerabu, I think lupalah kerabu apa, perut ker..awal pagi lagi dah ke sini untuk menyediakannya. Yer la, kang kalau buat semalam, takut orang ramai sakit perut pulak.

Kerja melapah daging diberikan kepada orang lelaki, mereka cepat sikit bila bab-bab melapah nie. Lagipun, sambil melapah, bersembang tapi tangan jalan..hehehehe

Bab basuh ayam diserahkan kepada kaum perempuan, basuh ayam kan lama, so banyaklah benda boleh borakkan.

Khemah untuk tetamu telahpun siap, cuma menanti ketibaan tetamu sahaja.

Anggota RELA juga ditugaskan untuk mengawal perjalanan majlis especially kenderaan dan juga tetamu.

Band jemputan, tak pastilah pulak dari mana

Khemah khas untuk menggoreng ayam sahaja.

Persiapan terakhir makcik-makcik geng kerabu

Pakcik-pakcik yang bertungkus lumus menyediakan nasi..ini yang paling penting. Malulah kalau tetamu makan nasi mentah..takut kena sakit perut pulak.

Gulai kawah yang mmg besar kawahnya

Kuat betul tenaga pakcik nie memegang sudip kayu besar tu nak kacau gulai kawah, kalau I sure dah lengih tangan dah sebab ketinggian pun dah sama dengan sudip tu.

Budak-budak belia ditugaskan untuk menyediakan air, sungguh senang

Lauk-lauk yang bakal dihidangkan untuk tetamu ke majlis kahwin di rumah. Ada ayam goreng, masak lemak umbut kelapa, kerabu dan juga satu juadah yang istimewa, special request dari I yang Ayah sediakan khas untuk majlis ini.

Sambal belimbing...hmmm dah jatuh cinta dengan sambal ini. Bila Ayah called masa I di Adelaide, bercerita pasal persiapan wedding Didi, I request this special sambal. Sedap sangat, I tak tahu apa ramuannya tapi Ibu kata, letak ikan bilis and belimbing. Lepas tu dah tak tahu. Pernah dulu, bawak balik makan just dengan nasi panas pun dah cukup menyelerakan.

Warga wanita KEMAS menjaga bahagian pemberian cenderemata. So Alhamdulillah, kali nie tak banyak yang berlebih, rasanya kalau ada pun hanya beberapa kotak sahaja.

2 comments:

  1. Sambal belimbing? macam sedap je. Masam ke? besar khemah tu. Ramai jemputan ye.

    ReplyDelete
  2. Puan Ginaaaaaaaaaaaaa

    Sedapnyeeeeeeeeeee!!

    ReplyDelete