Nuffnang Ad

Tuesday 29 March 2011

Pisang oh pisang

Bekalan pisang di Adelaide, takpun di Australia sekarang nie tengah di tahap yang agak tidak memberangsangkan. Bayangkan harga pisang di Woolies and Coles lebih kurang AUD12 sekilo bersamaan RM38, kat Foodland depan rumah nie lagilah sampai AUD16 sekilo..ada kata kat Gepps Cross murah, tapi tak tahulah bila masanya nak ke sana semata-mata nak beli pisang aje kan. Tak pastilah pulak kat Central Market,. at least dekat sikit.

Bekalan pisang kurang gara-gara Taufan Yasi yang melanda North Queensland baru-baru nie di mana kat situlah penanaman pisang secara besar-besaran dan juga pembekal pisang di seluruh Australia ini. Pihak kerajaan Australia menolak bila ada yang mengusulkan agar pisang-pisang diimport dari negara lain, tetapi usul ini ditentang atas alasan tidak mahu ada serangga-serangga ayang akan merosakkan tanaman-tanaman yang lain. So, melepas ler I nak belajar buat kek pisang, makan pengat pisang atau apa sahaja yang berkaitan dengan pisang.


4 comments:

  1. sdp klo dpt banana split..hehehe

    ReplyDelete
  2. mahalnya pisang kt sana gina..dah mcm doyan..

    ReplyDelete
  3. Org OZ and yang duk OZ now pening dgn harga pisang yg mahai ye... kat sini berlambak2 tak termakan..

    ReplyDelete
  4. alamak..mahal nya pisang. tapi apple n grape mesti murah kan

    ReplyDelete