Nuffnang Ad

Tuesday 15 March 2011

Sesi menukar cincin

Selepas majlis akad nikah di masjid, kami sekeluarga berkumpul pula di rumah untuk sessi bertukar hantaran dan upacara membatalkan air sembahyang. Di masjid hanya akad nikah, so nak bergambar and tukar cincin macam tak sesuai nak dibuat di masjid, kan.

Bila hantaran dah di letakkan di ruang tamu, keadaan jadi gamat, kenapa yer..well kes barang hantaran la, nanti I akan revealkan satu persatu. Bertuah sungguh la Didi, bila I tanya, apa barang hantaran, die cakap, tunggu dan lihat, sampaikan a day before nikah pun masih nak sorok dari I.

Rombongan pengantin lelaki datang all the way from Johor Bahru

Dulang dari pihak lelaki

Mujurlah ruang tamu rumah besar, so tetamu rasa selesa sikit, kat luar tu agak panas, kalau rumah sempit, mmg sesak nafas dibuatnya.

Pelamin memang disediakan khas untuk upacara menyarung cincin nie, so biar semua jelas dan nampak. Nak ambik gambar pun dari pelbagai angle pun okay. Tak payah nak rebut-rebut dah.

Danish and Ryan agak tercengang-cengang jugak memerhatikan Didi and Oyea menyarung cincin.

Selain cincin, pihak lelaki juga memberikan gelang dan juga rantai, kalau kata ibu serba berdiri.

Mujurlah tak buat kat masjid, kalau tak lagilah gabra pengantin lelakinya. So, buat kat rumah, taklah tegang sangat situasinya. Boleh rileks and senyum bila kena usik-usik.



Dinar emas diberi sebagai duit maskahwin, kalau tak silap dalam RM10, 850 jumlahnya.

Keluarga pengantin lelaki diberikan penginapan homestay yang berdekatan dengan rumah. So makan dan minum semuanya ditanggung oleh pihak tuan rumah.

1 comment:

  1. wah...pakai dinar mas?? cam ne ek? means as pelaburan pun boleh lah ye..

    ReplyDelete