Kalau ajak Daddy Jack pergi Jalan TAR, memang die takkan nak punya. Rasanya kalau ajak ke Jalan TAR tanpa sebarang bantahan masa nak kahwin dulu, asyik pi Bunga Riben and SSF, membeli barang membuat hantaran. Kalau nak pergi pun, masa raya untuk mencari persiapan raya, itupun beli apa yang patut then balik. Sekarang kalau ajak, siap tanya nak beli apa, lecehlah, susah parking ler dan seribu macam alasan lagi. Tapi masa balik, memang die tak boleh elak sebabnya ada beberapa benda yang geng Adelaide kirimkan yang memerlukan ke Jalan TAR. Kami keluar awal pagi, keluar pun berdua aje..dapatlah merasa berdating kejap. Kalau angkut the boys, sure tak tahu apa yang nak dibeli, even nak jalan-jalan pun tak sempat.
Since kami dah keluar awal pagi, semua kedai tak buka lagi, rata-ratanya buka pukul 10 pagi. Kami sampai pukul 9 lebih. Kebetulan pulak I puasa so temankan ajelah Daddy Jack breakfast at Medan Mara. Then, after that since awal lagi, ajak die pi Ariani, sebab nak carikan tudung yang orang pesan and also Ariani pun tak buka lagi, duduk ajelah depan kedai tu sambil mengadap bangunan Jakel yang gah tu. I rasa pernah beli kain kat Jakel nie, masa one of my sister nak kahwin. Lepas tu tak pernah jejak kaki ke Jakel nie. Masuk Ariani, tudungnya tak berapa nak cantiklah, tak banyak pilihan. Udahnya, I belikan my geng tudung Ariani di butik Shah Alam, penuh satu kedai and pilihan pun banyak jugak.
Dah alang-alang pi Jalan TAR, takkan la tak singgah SOGO sekejap kan. I still remember pernah sekali nak merasa masuk SOGO bulan puasa, tgk kat pintu utama, penuh orang beratur, and bila dapat masuk, semua serbu bahagian kanak-kanak. Banyak juga pilihan di kids department nie, tak macam Isetan atau Parkson.
Satu lagi tujuannya adalah untuk menukarkan beg kamera Kak Azie yang koyak masa beli 3 bulan lepas. Masa balik Malaysia kali kedua, memang Kak Azie pesan nak minta tolong tukarkan, tapi puas nak cari masa untuk pi sama dengan Daddy Jack udahnya lagi beberapa hari nak balik baru ada masa nak tukar.
Budak nie pun heran, kami lambat datang sebabnya Kak Azie dah called budak nie lama dah,,sorry lah Kak Azie yer, nak pi sorangkan panjang pulak langkahnya.
Dah settle semua di Jalan TAR, kami ke KLCC, nak tengok wayang. Dah lama kami tak tengok wayang, dulu lepas balik kerja sure singgah Mid Valley atau One Utama tengok wayang. Masa nie cerita KL Gangster tengah hangat so kami pun tgklah sekali. Sekarang nie trend tengok wayang dah tak kisah dah, ada tu siap pakai baju kerja lagi tgk wayang pukul 1130 pagi..ehhh, tak kerja ker? After habis movie, Daddy Jack pun nak carikan souvenir unttuk his both supervisor kat Arch, KLCC.
Daddy Jack nie, selain kedai sukan, satu lagi tempat yang die suka nak menyinggah adalah toys department. Pening jugak, even tak bawak the boys pun jadi juga. I ikut ajelah, kalau die berkenan, ada lah die belikan untuk the boys sorang satu toys.
Thanks Gina sebab tolong tukarkan bag kamera tu
ReplyDeleteTerima kasih juga pada Kak Azie, kalau tak kerana beg tu tak merasalah pergi Jlan TAR
ReplyDeletewahhh rindunya nak tgk wayang kat klcc.. raya ni balik ke Gina?
ReplyDelete