Nuffnang Ad

Friday, 24 June 2011

Enjo yang enjoy

Masa balik Malaysia pertama kali dulu, mmg sedih sikit sebab terasa sangat homesicknya tapi dengan jemputan kawan-kawan untuk datang rumah sambil makan-rasanya terubat sikitlah kerinduan pada keluarga tu. Undangan pertama kali daripada Kak Aishah, ingatkan tak ramai..rupanya ramai jugak. Selain ada jemputan makan-makan ada juga someone yang membuat promosi barangan penjagaan jenama Austria iaitu Enjo.

Ni la tuan punya badan yang meEnjo kepada suri rumahtangga di Adelaide nie, Kak Nita..dentist in Adelaide. She's been using this product dah lama dah and now sedang berjinak-jinak untuk menjadi dealer pulak.

I like the product but bila tanya Daddy Jack, he said that kita nak balik lambat lagi, so nak balik nanti baru beli barang-barangnya. Janji tau..

Semua terpegun bila Kak Nita buat demo, hasilnya memang memeranjatkan. Harganya pun agak mahal but to me memang berbaloi especially bila kita nak keluar rumah sewa di Adelaide nie so kena bersihkan sebersih-bersihnya.

Sambil tu, tetamu dijamukan dengan mee sup yang sunggup sedap. Ada juga kuih muih yang dibawa oleh para tetamu menyebabkan makanan memang penuh meja dibuatnya.

Demo demi demo dibuat untuk menunjukkan kehebatan produk ini. Sememangnya produk Enjo ini memang enjoy dibuatnya.

2 comments:

  1. apa tu dear, macam alat axion macam tu ke?

    ReplyDelete
  2. tak Nor, die mcm cleaning mop and also magic scrubber, mahalsikit but long lasting, tak payah susah nak berus

    ReplyDelete