Ada sessi bagi makan tebu kat gajah dengan hanya RM3 sahaja, semua ambik peluang nak bagi gajah makan. Danish as always, mula-mula takut, lama-lama dah berani.
Kalau bab-bab burung nie, Ryan la yang paling excited sekali. Tapi as I mentioned before, pihak pengurusan Zoo kena do something la. Dulu tasik nie bersih sangat, sampaikan boleh berdayung di tasik nie, sekarang I tengok tasik nie airnya gelap semacam aje, takkanlah tak ada dana untuk menceriakan zoo nie.
Haiwan-haiwan pun banyak yang macam dah tak ada, I think kena buat sesuatu. Bayaran pun dah mahal, lepas tu facilities agak kurang. Keadaan zoo agak kelam dan suram walaupun pengunjung agak ramai.
Kandang rusa nie betul-betul di belakang rumah orang, nampak tak ada bumbung rumah tu ? Kena do something jugak...dulu ada ura-ura nak pindahkan Zoo nie ke Ulu Yam, tapi mendapat banyak bantahan sebab takut haiwan-haiwan tu dah selesa dengan habitatnya di Ulu Klang nie but at least pihak yang bertanggungjawab kenalah do something about this.
Even the signage pun mcm tak begitu menarik di mata pengunjung, kalau di mata budak graphic design macam I nie lagi lah, nak terus buat rebranding aje.
Dengan cuaca yang agak panas sedikit, semua haiwan pun macam malas aje, nak tidur aje macam singa nie.
Ryan suka sangat dapat makan ice cream sampai dua kali, hai harap-harap jgnlah batuk, kang kena marah pulak dengan Daddy Jack.
Singgah ke kedai cenderamata untuk membeli fridge magnet, macamlah tak akan datang lagi, padahal rumah dekat aje..yer, tapi tak tahulah bilanya nak datang lagi. Entah-entah, bila Ryan dah umur berbelas tahun gamaknya barulah nak datang lagi. Tapi barang-barang dalam nie agak mahal la, nasib baiklah fikir nak beli fridge magnet aje, benda-benda lain tak menarik perhatian sangat pun.
No comments:
Post a Comment