Nuffnang Ad

Saturday, 25 June 2011

Kenapa saya suka Garage Sales ?

Setiap hari Sabtu dan Ahad adalah hari terapi untuk wanita-wanita Malaysia di Adelaide. Apa cara terapinya adalah dengan pusing-pusing di sekitar kawasan perumahan untuk mencari GARAGE SALES !!! Yer, itulah terapi bagi wanita-wanita Malaysia, amnya. Bangun pagi-pagi, siapsarapan dan mungkin juga lunch then keluar pusing tak kiralah dekat ataupun jauh, sanggup tu untuk pergi Garage Sale. Kalau dapat yang syok macam Corelle, Pyrex atau apa sahaja barang idaman, memang sernok tapi kalau pergi tak jumpa apa-apa pun okay jugak, janji boleh keluar berjalan-jalan sambil tengok rumah yang cantik-cantik.

Well, Daddy Jack tak berapa berkenan sangat kalau diajak pi Garage Sale..macam buang masa katanya. Bukannya apa, I like collect stuffs yang menarik pada mata I but not him, junk katanya. Mana nak sumbat dalam rumah kami yang comel tu. Tapi ada betulnya jugak, but I cannot handle myself la. Like this Tupperware 3-1 utensils, mana pernah nampak, kan. Its egg separator, grater and also lemon scrunch.

Satu bakul buku-buku Photography hanya dengan AUD10 sahaja, but dah setahun membeli..tak pernah membacanya pun. Patutlah Daddy Jack tak mo layan kalau I ajak ke Garage Sales, kan. Padan muka I.


Orang Aussie tak pandang pada Tupperware, so depa banyak jual dengan harga yang murah, semurah 50sen sahaja. Mana nak dapat Tupperware 50 sen, kan. Ada tu just bagi free aje. Dah banyak dah Tupperware di rumah and again membuatkan Daddy Jack angin dengan I.

Hah !! nie okay kalau pada Daddy Jack, buku untuk the boys but kena pilih yang elok-elok lah. Kalau yang dah too old ataupun koyak, memang tak mahu ambik.

Pernah pi Garage sale jumpa VCD Shah Rukh Khan, tapi tak terpikir pulaklah nak beli. Ada juga peminat hindustan di sini yer.

Another household yang unik I pernah jumpa di garage sale, cereal compartment, macam di hotel-hotel. Guna sekali aje, lepas tu simpan masuk dalam kotak.

Ohh, ini memang I gunakan dengan bersungguh-sungguh. Rumah I memang tuan sewa ada sediakan dapur and oven sekali tapi entah macamana rasanya oven die tu dah rosak so I terpaksa cari yang macam nie, dengan harga AUD20 and its brand new. Selalu bakar ayam and kek menggunakan oven yang comel ini ler. Sungguh berbaloi membelinya.

1 comment: