Nuffnang Ad

Tuesday, 28 February 2012

Hmmm, amacam?

Biasalah, hujung minggu ada aje my Adelaide's gang yang ajak datang rumah sambil makan-makan and bersembang. Itu ajelah aktiviti yang dapat merapatkan ukhwah sesama kami disini. After 3 tahun, masing-masing kembali menjalankan aktiviti seperti biasa, tak dapat dah nak berkumpul macam nie lagi. Kalau dapat undangan makan-makan, for sure makanan memang penuh mejalah, tak ada yang datang dengan tangan kosong, ada aje yang datang bawak makanan sampaikan dah tak terasa berada di negara orang sebab semua kuih muih Melayu ada aje di meja-meja.

Me, terlebih rajin dan teringin nak makan pulut panggang so mengigih mengoggle resepi and untuk pertama kalinya membuat dengan tangan sendiri. Kalau di Malaysia, jgn harapkan pulut panggang, nak pergi dapur pun malas..beli aje kat tepi jalan, habis cerita. Tapi pulut panggang buatan I sendiri nie taklah sekick yang jual tepi jalan tu sebabnya dipanggang hanya menggunakan grill pan aje, so taklah berapa kick but rasa pulut and inti tu, adalah.

Bila tekak terasa nak makan asam pedas, kenalah buat tapi tak guna ikan sebab ikan tak ada, malas nak ke market beli so guna ayam ajelah. First time try to buat asam pedas, selalunya agak cair but kali nie, Alhamdulillah menjadi dan makan dengan berselera sekali.

3 comments:

  1. kecur liur nengok pulut panggang ngn ayam masak asam pedas

    ReplyDelete
  2. Salam Gina.. sedapnya pulut panggang tu. dah lama tak makan, biasanya beli aje. tgk la kalau angin rajin dtg boleh jugak nak try buat.

    ReplyDelete
  3. Salam Gina.. sedapnya pulut panggang tu. dah lama tak makan, biasanya beli aje. tgk la kalau angin rajin dtg boleh jugak nak try buat.

    ReplyDelete