Nuffnang Ad

Saturday, 18 February 2012

Mood masak dah ada

Payahnya nak tunggu my mood masak, kadang tu hanya makan sayur air dan ayam goreng sahaja. Tapi bila mood masak itu dah datang, menu terhidang atas meja, sungguh mengagumkan.

Sesekali tekak nie nak juga makan western, so yang paling mudah disediakan adalah grill burger. So, tak payah nak sibuk teringat makan burger kat Chilli's atau TGI sebabnya dah mampu membuat sendiri.

Kalau nak makan makanan Thai, of courselah Tomyam perlu dimasukkan di dalam menu. Cukup bahan semua, main campak-campak aje, so hirup and terasa kenikmatannya.

Di Adelaide, ikan adalah sejenis makanan yang susah sikit nak cari...bukan tak ada tapi tak biasa makan ikan yang pelik-pelik. Nak makan ikan yang ala-ala Malaysia sikit, kenalah ke Asian Grocery, kalau ada rezeki mungkin terjumpa ikan tenggiri atau ikan kembung yang dibekukan. Belasah ajelah sebab dah jemu asyik makan ayam dan daging sahaja.

Kalau dah petang-petang sikit, dah jemu makan nasi, so kita makan pulak dengan roti canai frozen. I tak mampu lagi nak membuat roti canai.

Kalau dah jumpa ikan tenggiri, so marilah kita membuat ikan bakar dengan cicah air asam, ohh sungguh berselera sungguh makan nasi kosong aje. Terasa berada di Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy la..hahahhaa, over sungguh.

Selain ikan bakar, sup ikan juga sedap dimakan

Nak tukar selera resepi ayam, so kita buat ayam panggang ala-ala Kenny Rogers pulak

Kalau rindu masakan Jawa, mehlah kita makan lontong, walaupun tak cukup bahannya tapi asalkan ada nasi impit, kubis dan juga suhun pun jadiler....

3 comments:

  1. wow banyaknya makanan.. sedap2 pulak tu. cara hidangan pun ala2 restoran. kelass gituu :)

    ReplyDelete
  2. 9 kali telan air liur sbb ada 9 gmbr makanan..hihihi...
    selamat berkenalan.. :)

    ReplyDelete
  3. Kak Umi
    mood terlebih rajin so habislah makanan tu digayakan, kalau malas,,,hidangkan aje cara biasa

    Zeta
    Ala, kat negara orang aje rajin, balik Malaysia nanti malas tu dtg balik

    ReplyDelete