Lambat update pasal aktiviti di Kuantan sebab my Sony tertinggal di KL, so Kak Nana tolong bawakan ke Adelaide dan Selasa lepas baru dapat balik. Biasalah, kalau di Kuantan, aktiviti utama adalah main bowling cos Ibu memang terror main bowling, even wakil kelabnya main bowling kalau ada any tournament.
Selalunya main bowling di Kuantan Parade, sebab tak ramai orang sangat. Lagipun disini ada lane khas untuk budak kecil, so taklah ganggu lane untuk orang dewasa main.
Selalunya Ibu main sampai 3 frame, so membuatkan budak-budak nie bosan. Danish sekejap nak main, sekejap nak lepak ngan adik die.
Selain bowling alley, ada a few mainan ada disini, mcm basketball, pool table even cyber cafe pun ada disini. So, siapa yang tak minat main bowling, boleh aje buat benda lain kat sini.
Dah habis main bolwling for kids, ok mengacau pulak kat tempat Ibu and Danish main. Tengoklah gaya kenakalannya, mmg tak ada siapa boleh tanding.
Ibu tak emu-jemu mengajar Danish teknik lemparan bola yang betul. Lain kali nanti Danish dengan Ibu ajelah pi berlatih, I and si kerinting duduk rumah ajelah.
Balik rumah, aje mengisahkan kolam ikan ayah pula. Nak berebut bagi makan ikan. Anak-anak I nie, ada aje benda yang nak direbutkan, tak pernahnya tak berebut. Nak pegang tangan I pun berebut juga.
Dah banyak dah koleksi ikan ayah, dulu dijaga dari kecil lagi. Ayah memang suka ada ikan nie, untuk hilangkan kebosanan duduk berdua aje dengan Ibu di Kuantan nie.
Dulu masa ada kolam nie, Ibu memang larang bidak-bidak kecil dekat tepi kolam ni, takut terjun ke dalam tu..tapi lama-lama dah okay dah.
Selalunya ikan-ikan nie diberi makan 2 kali sehari, lebih kurang macam breakfast and dinner aje. Sebulan sekali nanti adalah orang yang datang untuk cucikan kolam ikan Ayah ni.
So antara lauk lunch yang I sediakan di Kuantan, ikan kukus tapi bukanlah ikan dari kolam Ayah tu. Ikan tu cuma ikan hiasan sahaja, tak boleh makan pun.
No comments:
Post a Comment